Image 1

Syarikat Kami

K-LINK International bermula operasinya pada tahun 2000, ia merupakan sebuah syarikat jualan langsung yang menawarkan produk-produk penjagaan kesihatan, penjagaan kecantikan, penjagaan diri, penjagaan kereta, penjagaan rumah yang inovatif dan berkualiti kepada konsumer seluruh dunia. Sejak dari hari pertama lagi, Syarikat kami mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengguna. Syarikat ditubuhkan dengan ibu pejabat bertempat di Kuala Lumpur, K-LINK melihat Pasaran ASEAN sebagai batu loncatan untuk menembusi dan menakluki pasaran Asia Pasifik dan dunia yang merangkumi negara Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Filipina, India, Taiwan, Hong Kong, Vietnam, Australia dan lain-lain. Sehingga kini, K-LINK telah berjaya berkembang ke pasaran lebih daripada 40 buah negara melalui penubuhan cawangan-cawangan, stokis mobil, stokis dan master stokis di luar negara. Dengan itu, lebih banyak peluang perniagaan dan sumber pendapatan dapat diwujudkan kepada rakan niaga kami. K-LINK akan terus membina jaringan global di negara-negara lain supaya menepati visi “Your Global Link”. Kini, Syarikat mara ke arah Visi 2020 kami untuk menjadi salah satu daripada 20 Syarikat Terbaik dalam 100 Syarikat MLM Terbaik di dunia demi menguatkan dan membuktikan kebolehpercayaan K-LINK, serta meningkatkan kesedaran jenama K-LINK ke peringkat global.