BOD photo

Gambaran keseluruhan pendidikan khas

Pendidikan khas atau pendidikan keperluan khas ialah sejenis amalan pengajaran pelajar-pelajar keperluan khas yang direka berdasarkan keunikan dan keperluan pelajar-pelajar itu masing-masing. Biasanya, prosedur pengajaran, peralatan dan bahan-bahan pengajaran yang sesuai, serta kebolehgunaan pengajaran seseorang pelajar akan dirancang secara spesifik dan diperhati secara sistematik. Kesemua perancangan ini adalah direka khas untuk membantu pelajar-pelajar khas menjadi seorang manusia yang mampu menjaga diri sendiri dan berjaya dalam sekolah dan masyarakat mereka. Pendidikan jenis ini jelas lebih efektif daripada mendapatkan pendidikan dalam sekolah yang biasa sahaja. Sebuah program pendidikan khas harus direka bentuk untuk memenuhi keperluan setiap pelajar dengan keperluan khas. Pendidik-pendidik menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan dan bantuan dengan kontinum berdasarkan keperluan masing-masing pelajar-pelajar khas itu. Program pendidikan khas harus direka khas untuk setiap individu supaya ia dapat memenuhi pelbagai gabungan keperluan unik golongan pelajar tersebut.

Kepentingan latihan vokasional terhadap kanak-kanak keperluan khas

Pekerjaan adalah peringkat paling penting bagi seseorang manusia dewasa di mana ia mengambil separuh masa semasa kita berjaga. Biasanya, seseorang manusia akan mengaitkan diri dengan pekerjaan yang mereka terlibat. Seseorang akan berasa makna kehidupannya tercapai dan bangga dengan pekerjaan mereka, di samping memberikan impak yang besar terhadap kepuasan hidup, ia juga boleh menjadi punca rasa kekecewaan dan ketidakpuasan hati kepada seseorang. Tidak mengira betapa mahirnya mereka, ia adalah sukar untuk seseorang mencari sebuah kerjaya yang sesuai biarpun mereka mungkin tahu kerjaya mana yang harus diceburi. Lagi-lagi jika orang itu seorang yang tidak pernah menjalani latihan yang mencukupi atau menghadapi halangan tertentu, contohnya seperti golongan orang kurang upaya. Jika dibandingkan dengan pelajar bukan kurang upaya, pelajar-pelajar kurang upaya didapati lebih berkemungkinan besar mengalami masalah pengangguran atau guna tenaga tidak penuh, gaji rendah, dan ketidakpuasan pekerjaan. Ramai pelajar kurang upaya serta orang yang mempunyai masalah pencapaian kronik akan tercicir daripada sekolah menengah sebelum menamatkan pengajian mereka, ini mengakibatkan mereka tidak bersedia atau tidak berupaya untuk mendapatkan pekerjaan. Melalui latihan vokasional ini, para pelajar keperluan khas akan menjalani sebuah kurikulum yang khasnya disediakan untuk membantu mereka bersiap sedia dalam mengharungi cabaran bidang pekerjaan mereka (pekerjaan yang mereka ingin ceburi). Walaupun pengetahuan dan kemahiran yang meluas itu penting, pelajar-pelajar kurang upaya harus mahir dan diajar betul-betul dalam sesuatu kemahiran yang spesifik supaya mereka dapat mengukuhkan kedudukan mereka dalam sesuatu bidang pekerjaan dan masyarakat. Pusat Kebajikan K-LINK berhasrat untuk membantu golongan pelajar kurang upaya supaya mereka dapat menerima bimbingan dan sokongan dalam mengenal pasti kekuatan dan minat mereka demi menyediakan kemahiran (atau memberikan nasihat bagaimana untuk memperolehinya) kepada pelajar-pelajar khas itu untuk berjaya dalam bidang pekerjaan masing-masing. Demi mencapai tujuan itu, pusat perkhidmatan ini akan fokus pada pengajaran kemahiran-kemahiran berikut:
  • Kemahiran akademik
  • Kemahiran hidup harian
  • Kemahiran peribadi dan sosial
  • Kemahiran pekerjaan dan vokasional
  • Minat terhadap vokasional

Mengenai Pusat Kebajikan Ini

Pusat Kebajikan K-LINK ialah sebuah institusi bukan untung yang ditubuhkan demi menjaga kebajikan kanak-kanak kurang upaya dan membantu mereka untuk memperolehi pendidikan dan peluang pekerjaan yang lebih tinggi di masyarakat kita sekarang. Pusat kebajikan ini dibuka untuk pelajar-pelajar berusia 10 tahun ke atas. Kesemua pelajar akan dinilai untuk menentukan perkembangan keseluruhan mereka. Pelajar-pelajar yang telah didaftar adalah dijangka sudah melalui program pengesanan awal, pernah menghadiri sekolah dan tingkah laku berdikari. Program-program ini menyediakan bayaran minimum sudah pastinya akan memenuhi keperluan ibu bapa pelajar-pelajar keperluan khas dengan latar belakang sosial ekonomi yang berlainan. Pusat kebajikan ini beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 5 petang (Isnin – Jumaat). Buat masa ini, pusat kebajikan ini menyediakan aktiviti-aktiviti selepas waktu sekolah untuk para remaja serta kanak-kanak keperluan khas yang berdikari. Program-program ini menumpukan perhatian pada kemahiran hidup harian dan vokasional, dan kemahiran akademik yang asas. Di samping itu, program-program ini juga berkongsi tentang topik-topik agama, seni, mengadakan kelas-kelas muzik dan menyediakan aktiviti-aktiviti gim. Selain itu, program-program untuk golongan pelajar yang muda seperti program pengesanan awal dan sesi-sesi terapi juga mungkin akan diperkenalkan pada masa depan. Pusat kebajikan ini menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar yang miskin. Oleh itu, calon-calon ibu bapa yang meminta bantuan ini akan ditemuduga untuk mengenal pasti status kewangan mereka agar hanya calon yang sesuai akan menerima bantuan ini, manakala ibu bapa yang berkemampuan boleh memberikan bantuan subsidi kepada mereka yang memerlukannya. Prestasi-prestasi para pelajar akan dinilai setiap minggu supaya para pendidik lebih memahami pencapaian-pencapaian, kekuatan dan kelemahan setiap individu demi menyediakan aktiviti-aktiviti dan pelan pembelajaran yang sesuai untuk mereka. Golongan ibu bapa harus bekerjasama dengan pihak pusat kebajikan dan berinteraksi terus dengan guru-guru mereka. Aktiviti-aktiviti para pelajar akan direkodkan dalam buku komunikasi mereka setiap hari dan golongan ibu bapa harus melakukan pemerhatian dan memberikan respons dengan sewajarnya. Pusat kebajikan ini menggaji guru-guru yang terlatih untuk mengajar golongan pelajar ini. Guru-guru baru yang tidak berpengalaman akan menjalani latihan sebelum mula mengajar di dalam pusat kebajikan ini. Demi memastikan keputusan pelajar yang terbaik dan para guru dapat mengajar dengan efisien, pusat kebajikan ini akan mengekalkan nisbah guru-guru dan pelajar-pelajarnya dalam lingkungan 1 (guru) kepada 4 atau 5 (pelajar). Oleh sebab operasi pusat kebajikan ini bergantung kepada dermaan dan ia bersifat bukan untung, pusat kebajikan ini mungkin akan meminta bantuan daripada golongan pekerja sambilan (dengan gaji minimum) dan sukarelawan dalam operasi harian mereka. Perkhidmatan pengangkutan akan disediakan untuk para pelajar (untuk kawasan-kawasan yang tertentu sahaja).