| |
|
![]() |
Peluang Perniagaan - Langkah Permulaan
Prinsip Perniagaan K-LINK
- Prinsip perhubungan antara penaja, "downline" dan "sideline"
- Penaja kepada "downline" - Pendidikan, latihan, pimpinan dan bantuan.
- "Downline" kepada penaja - 100% duplikasi, menghormati dan menghargai penaja.
- "Sideline" - Membina perhubungan erat, mengambil berat dan memberi motivasi.
- Prinsip di kalangan tajaan yang berlainan
- Jangan berbincang tentang latarbelakang pendidikan peribadi, hanya bertukar pengalaman.
- Jangan berbincang tentang pangkat, hanya berbincang tentang jualan.
- Jangan berbincang tentang isu-isu negatif, beri perangsang sesama sendiri.
- Bila menghadapi sebarang isu negatif, lapor kepada penaja.
- Lima prinsip asas
- Membuat perbincangan dengan penaja sekiranya ada idea baru.
- Jangan menyampaikan isu negatif kepada "downline".
- Jangan mengganggu perhubungan baik di antara penaja dengan "downline".
- Pinjam-meminjam tidak digalakkan di antara penaja dengan "downline".
- Jangan melibatkan diri dengan perhubungan yang tidak sihat.
- Tiga perkara sensitif yang perlu dielakkan
- Agama
- Politik
- Memburukkan orang lain
Modul Kejayaan K-LINK

Langkah Permulaan
- Rujuk dan fahami kandungan "Starter Kit"
Latar belakang syarikat, pengetahuan produk, pelan pemasaran dan peraturan dan undang-undang syarikat.
- Penggunaan produk
- Menggunakan produk-produk untuk mengetahui kelebihan dan kebaikannya.
- Menggunakan produk bukan saja boleh meningkatkan kesihatan, malah dapat berkongsi pengalaman dengan rakan anda dan seterusnya dapat meyakinkan pengguna supaya menggunakan produk tersebut.
- Membeli produk
- Anda harus mempunyai stok produk, supaya mudah berurusniaga dan seterusnya dapat membentuk imej keusahawanan.
- Dapatkan bantuan daripada penaja bagi memulakan pembelian stok produk.
- Mendapatkan bahan-bahan rujukan bagi membantu jualan
Untuk kejayaan yang berterusan, anda harus menyediakan bahan-bahan seperti pita takaman, buku nota, kad perniagaan, kaset latihan, video mengenai produk, buku panduan produk dan sistem latihan produk yang disyorkan.
- Menghadiri mesyuarat
- Menghadiri kursus pengetahuan produk dan sistem latihan.
- Menggalakkan rakan-rakan dan "downline" menghadiri mesyuarat.
- Imej seorang yang berjaya
Contoh imej seorang yang berjaya adalah berdasarkan: Kelakuan, pakaian, sikap, pertuturan dan lain-lain.
- Senaraikan nama-nama prospek
- Semua orang adalah prospek pengguna anda.
- Senarai tajaan seperti: penganggur, orang yang tidak berpuas hati dengan pekerjaan sedia ada, orang yang ingin berniaga, orang yang ingin mengecapi kejayaan, orang yang mengalami masalah kewangan, pesara, orang yang berpengalaman dalam bidang jualan langsung.
- Senarai sekurang-kurangnya 100 nama prospek dan simpan di tempat yang senang dirujuk.
- Senarai prospek disusun bermula dengan orang yang paling rapat dengan anda.
- Jangan abaikan prospek-prospek anda.
- Cari seberapa ramai rakan baru dan catitkan dalam senarai prospek prospek anda.
- Undangan
- Beri keutamaan kepada kawan yang rapat.
- Mengundang mereka ke mesyuarat bagi meyakinkan mereka.
- Undangan secara perseorangan.
- Terangkan latar belakang prospek anda kepada "upline" sebelum mengundangnya.
- Berbincang dengan "upline" tentang teknik membuat undangan.
- Mengundang dengan ikhlas.
- Jangan menyentuh 3 perkara semasa membuat undangan: syarikat, produk dan pelan pemasaran.
- Mengundung hanya seorang dalam satu masa dan pasangan digalakkan hadir bersama.
- Belajar etika berkomunikasi melalui telefon, ringkaskan perbincangan anda.
- Temujanji hendaklah disahkan sekali lagi.
- Membuat Susulan
- Memberikan dorongan bagi meyakinkan mereka tentang perniagaan jualan langsung.
- Anda harus membuat susulan dalam tempoh masa 24 jam selepas temujanji.
- Cara terbaik bagi membuat susulan adalah dengan berjumpa secara peribadi.
- Sediakan bahan-bahan rujukan seperti buku, pita video dan lain-lain supaya anda berpeluang berjumpa denganya sekali lagi.
- Faktor yang perlu anda lakukan adalah bekelakuan baik serta bersiap positif bagi menggalakkan prospek membuat sesuatu keputusan yang betul.
- Pengurusan Masa
- Berbincang dengan penaja anda agar menitik beratkan tentang penggunaan masa untuk perniagan K-LINK International.
- Rangkakan matlamat anda yang pertama di K-LINK International.
|
|