Sudut Kesihatan - Insomnia
Kepada semua ahli K-LINK International, dalam keluaran kali ini saya ingin berkongsi bersama anda tentang masalah tidak boleh tidur ataupun juga dikenali sebagai – Insomnia.
Penghidap penyakit insomnia lazimnya mempunyai kesukaran untuk tidur ataupun kesukaran untuk tidur lena. Jangkamasa tidur seseorang berbeza diantara individu tetapi secara amnya mereka yang berumur tidak perlukan had tidur yang panjang!
Insomnia kebiasaannya disebabkan oleh kerunsingan ataupun keresahan minda seperti penderitaan, minda yang mudah terpengaruh serta kesedihan yang dialami mereka yang nyanyuk dan sebagainya. Lain-lain faktor termasuk kebimbangan, kegembiraan, kesakitan dan banyak lagi.
Faktor persekitraran, makanan, keadaan dalaman tubuh badan, masalah penghadaman, kekurangan vitamin serta zat galian disamping masalah kesihatan seperti tiroid, anemia, masalah jantung, ulser, sakit kepala, lenguh sendi, sakit buah pinggang serta sakit sawan turut boleh menyebabkan insomnia.
Selain itu, makanan dan minuman yang mengandungi bahan perangsang seperti kopi dan teh serta garam (yang merangsang kelenjar adrenal) juga boleh menyebabkan insomnia. Dalam pada itu, garam turut boleh mengakibatkan tekanan darah untuk meningkat dan ini juga boleh mengakibatkan insomnia.
Penghidap penyakit insomnia yang kronik adalah disebabkan pemikiran penghidap penyakit insomnia yang sentiasa memikirkan keadaan mereka yang tidak boleh tidur! Mereka sepatutnya merehatkan minda mereka dan tidak sentiasa memikirkan tentang masalah insomnia yang dihadapi. Mereka sepatutnya mengubah psikologi mereka berkenaan keadaan tidur yang dialami. Mereka disyorkan melakukan beberapa jenis aktiviti sebelum tidur untuk merehatkan badan dan minda mereka seperti bersiar-siar ataupun mandi air panas, dapatkan rawatan urut, meminum segelas susu panas, mendengar muzik ataupun melakukan meditasi.
Adakah anda sedar bahawa di K-LINK International, kami mempunyai produk khususnya untuk merawat insomnia? Misalnya, Kinotakara dengan ion negatif bersama dengan K-Osteocal yang kaya dengan kandungan kalsium dapat merangsangkan sistem saraf dan memberikan kelegaan pada otot dan minda disamping menggalakkan peredaran darah dan tenaga dalaman badan. Kesemua ini boleh membantu meningkatkan tidur dengan efektif.
|