K-Link International K-Link International K-Link International
 
Bahasa :
 
     
 
   
   

Sudut Kesihatan - Kepentingan Aktiviti Kalsium

Selamat Tahun Baru kepada semua ahli dan usahawan K-LINK International. Dalam keluaran kali ini, saya ingin berkongsi bersama anda tentang kepentingan aktiviti kalsium.

Semasa proses tumbesaran dan ketika hamil, seseorang perlu meresap kalsium dengan aktif. Adakah ini bermakna kita tidak lagi perlukan kalsium apabila tulang kita telah matang? Sudah tentu tidak!

Metabolisme kalsium berlaku setiap hari untuk memastikan struktur tulang dalam badan kita adalah terpelihara. Kekurangan kalsium yang kronik boleh mengakibatkan osteoporosis, satu keadaan yang mana tulang menjadi poros dan lemah.

Risiko osteoporosis dalam wanita adalah 3 hingga 4 kali lebih tinggi berbanding lelaki. Ini mungkin adalah kerana struktur tulang wanita yang secara amnya lebih kecil diikuti dengan kehamilan, kelahiran anak dan penyusuan bayi, dimana kesemuanya boleh mengakibatkan kehilangan kalsium yang banyak.

Bagi wanita enam tahun selepas menopaus, hormon seks – estrogen (yang menghalang kehilangan kalsium) akan turun secara mendadak dan mengakibatkan kehilangan kalsium yang lebih banyak. Oleh itu, ia adalah penting bagi wanita untuk “menyimpan” lebih banyak kalsium ketika mereka masih remaja lagi.

Ia perlu diingati bahawa program melangsingkan badan yang pantas dan drastik memerlukan seseorang mengurangkan pemakanan dengan dramatik, mengambil satu jenis makanan sahaja atau cuma memakan makanan serat boleh mengakibatkan kehilangan kalsium. Mereka yang berumur 60 tahun ke atas perlu mengambil sekurang-kurangnya 600mg kalsium setiap hari!

Pada masa kini, kebanyakan kanak-kanak mengalami keretakan tulang dan ramai orang tua menghidapi osteoporosis dan osteoartiritis. Semua ini adalah tanda-tanda ketidakseimbangan kalsium. Kekurangan kalsium yang kronik juga boleh mengakibatkan kebimbangan, kemurungan, histeria dan sebagainya.

K-OsteoCal daripada K-LINK International menyediakan kuantiti kalsium organik yang tinggi (daripada rumpai laut) dan ditambah dengan boron, magnesium dan kolustrum untuk membantu penghadaman dan penyerapan. Produk ini ideal bagi membantu menghalang osteoporosis dan adalah efektif dalam membantu memperbaiki fungsi sendi untuk mobiliti dan kestabilan. K-OsteoCal sememangnya merupakan hadiah Tahun Baru yang paling baik untuk ibubapa anda!