Sudut Kesihatan - Sembelit
Selamat sejahtera kepada semua para usahawan K-Link International. Dalam keluaran ini, saya ingin berkongsi bersama anda mengenai masalah pencernaan.
Sembelit adalah masalah fungsi pergerakan usus yang boleh menyebabkan terkumpulnya hasil buangan dalam kolon (usus besar) yang lama kelamaan akan menjadi kering dan payah untuk buang keluar.
Terdapat beberapa faktor lain yang berkaitan:
(a) Kekurangan aktiviti senaman boleh menyebabkan dinding kolon (usus besar) dan otot-otot perut masing-masing rosak dan tidak tapat menerima isyarat bagi pergerakan usus.
(b) Keletihan yang melampau, neurastenia, rasa keresahan, stres dan rasa kegembiraan.
(c) Kekurangan makanan seimbang, kekurangan air dan fiber dalam makanan juga boleh menyebabkan masalah sembelit.
Jika kita berterusan menggunakan laksatif (julap) bagi menggantikan senaman, istirehat dan pengambilan makanan, kita akan menyebabkan badan kita sentiasa bergantung secara fizikal kepada laksatif. Makanan terdiri daripada fiber (buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian) boleh membantu mengakibatkan najis menjadi lebih lembut dan besar jumlahnya. Bakateria yang baik dan buah-buahan (seperti epal, papaya, nenas dan plum) juga bermanfaat dalam mengurangkan masalah sembelit.
Di K-Link International, kami ada beberapa produk yang unik yang membantu meringankan masalah sembelit. Produk-produk berikut adalah:
Kinotakara – lekatkan berdekatan pada bahagian tumit (zon refleks kolon). Ia membantu merangsangkan sistem saraf autonomik (autonomic nervous system - ANS) bagi menggalakkan pergerakan usus.
Riddance – Membantu mengaktifkan sistem saraf autonomik (ANS) bagi memberi isyarat pergerakan usus kepada kolon dan perut. Ingat, Riddance bukannya laksatif!
K-Micro N-zymes – makan satu kapsul K-Micro N-zymes bersama satu sudu Organic K-BioGreen setiap hari setelah anda selesaikan proses pembersihan dan detoksifikasi dengan produk Kinotakara dan Riddance sekurang-kurangnya lima hari.
Fiber yang ditambahkan bersama nutrien-nutrien organik yang lain iaitu daripada buah-buahan, sayur-sayuran, seaweed dan biji-bijian lain yang terdapat dalam Organic K-BioGreen serta enzim-enzimsdan bakteria baik daripada K-Micro N-zymes. Anda perlu minum air dengan banyak bagi membantu dalam meringankan masalah sembelit.
Saya harap pengetahuan saya ini dapat membantu anda semua mencapai kesihatan yang lebih baik.
|