Sudut Kesihatan - Osteoporosis
Salam sejahtera kepada semua ahli dan usahawan K-LINK International. Saya berharap semua dikalangan anda berada dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa. Untuk keluaran kali ini, saya ingin berkongsi tentang masalah Osteoporosis.
Osteoporosis disebabkan oleh jisim tulang yang rendah lalu mengakibatkan tulang mudah rapuh. Fenomena atau gejala yang biasa ditunjukkan termasuk keretakan tulang, kesakitan pada pinggul dan tulang belakang serta ketinggian tubuh menyusut.
Osteoporosis merupakan penyakit usia tua yang biasanya berlaku apabila umur menjangkau lebih kurang 50 tahun dan ke atas. Faktor utama yang mengakibatkan osteoporosis adalah disebabkan kadar penyerapan kalsium yang berkurangan untuk jangkamasa panjang, manakala lain-lain sebab termasuklah usus tidak dapat menyerap kadar kalsium yang mencukupi, pengambilan kalsium dan fosforus yang tidak seimbang, kurang senaman atau kekurangan hormon dan lain-lain lagi.
Dalam pemakanan normal kita, sekiranya kita mempunyai protein, kalsium, magnesium, fosforus, vitamin C dan D dan sebagainya dengan mencukupi, kita boleh menghalang dan merawat osteoporosis. Malah, di K-LINK International, kami mengesyorkan 3 produk iaitu K-OsteoCal, Gamat dan K-Liquid Chlorophyll bagi membantu anda mengatasi masalah osteoporosis.
K-OsteoCal dan Gamat mengandungi kalsium, sulfida glukosamin, kondroitin, magnesium, vitamin D serta protein yang tinggi. Anda juga boleh mendapatkan vitamin, galian dan elemen mikro yang dapat mencegah osteoporosis dalam K-Liquid Chlorophyll. Kesemua produk berkenaan adalah mudah diresap dan dapat membantu mengatasi osteoporosis dengan berkesan. Produk yang sama diatas turut berkesan terhadap osteoartritis.
|