Sudut Kesihatan - Asma
Selamat sejahtera kepada semua ahli dan rakan-rakan K-LINK International! Apa khabar semua? Secara ikhlas, saya berharap anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Dalam isu ini, saya ingin berkongsi sesuatu berkaitan dengan asma.
Asma merupakan suatu penyakit respiratori yang kronik. Ia dikaitkan dengan kesusahan untuk bernafas, batuk-batuk yang kerap dan pernafasan yang tercungap-cungap. Tekanan fizikal dan mental, jangkitan saluran pernafasan, pencemaran udara, perubahan dalam kelembapan udara atau pendedahan kepada pencemaran udara yang disebabkan oleh cat, sulfur dioksida, ammonia dan lain-lain akan menyebabkan serangan asma. Kekurangan glukos darah, ketidakseimbangan adrenal dan alergen yang lain juga mampu menyebabkan serangan asma.
Simptom-simptom penyakit asma adalah termasuk bahagian dada berasa ketat, kesusahan untuk bernafas dan juga mengeluarkan bunyi “wisel” semasa bernafas. Pesakit asma akan batuk-batuk teruk untuk cuba mengeluarkan kahak. Bergantung kepada individu dan punca alahan, serangan asma mungkin berkekalan selama beberapa minit mahupun beberapa hari.
Dalam beberapa kes yang serius, pesakit mungkin akan diminta untuk membuat ujian kulit untuk menentukan sumber atau punca alahan. Alergen yang biasa adalah seperti debunga, bulu haiwan, habuk rumah dan beberapa jenis makanan (seperti coklat) dan lain-lain. Pesakit asma harus mengambil berat tentang pemakanan mereka dan mesti mengelakkan daripada mengambil makanan dan minuman yang “sensitif” yang mungkin menyebabkan asma.
Di K-LINK International, kami diberkati dengan dua jenis produk yang sangat baik untuk asma. Produk-produk ini adalah AyuAsmo dan Gamat Taurine. Produk-produk ini membantu untuk memperbaik aliran darah dan bekalan oksigen ke paru-paru dan ini akan membantu pesakit mengeluarkan kahak dengan lebih mudah dan membersihkan salur pernafasan untuk menggalakkan pertukaran udara yang baik. Ini juga menguatkan buah ginjal untuk menyingkirkan air yang berlebihan daripada paru-paru.
Gamat dan AyuAsmo dapat menguatkan sistem pertahanan badan dan ini mampu melindungi serta menguatkan daya tahan paru-paru apabila diserang oleh alergen yang memasuki badan kelak.
Pesakit-pesakit asma harus mengambil 2 kapsul AyuAsmo dan 2 camca besar Gamat Taurine pada waktu pagi dan malam selepas makan untuk pengurusan penyakit asma yang elok. Semua pesakit asma digalakkan untuk meminum air π (air π daripada Sistem Penapisan Air 7-Star K-LINK International) untuk mencairkan kahak serta membantu mengekalkan kealkalian pH badan. Pada jangkamasa rawatan ini, coklat, keju dan ais (serta tabiat merokok) harus dielakkan.
|