K-Link International K-Link International K-Link International
 
Bahasa :
 
     
 
   
   

Sudut Kesihatan - Gamat – Kaya dengan Nilai Perubatan dan Nutrisi

Ahli-ahli K-LINK sekalian, apa khabar? Dalam isu terkini, saya ingin berkongsi tentang kebaikan dan faedah Gamat.

Di Malaysia, penduduk di Pulau Langkawi yang indah menggunakan air Gamat sebagai bahan rawatan untuk luka, lecur, sakit dada dan digunakan sebagai bahan anti-radang. Gamat juga biasa digunakan oleh ibu baru bersalin atau selepas bersunat dan melakukan pembedahan. Ia juga digunakan untuk mengubati masalah mati pucuk, sembelit, sering membuang air kecil, ulser perut dan keletihan.

Gamat merupakan makanan tonik yang tinggi kandungan khasiatnya! Ia mengandungi pelbagai jenis nutrien termasuk 55% protein (protein adalah mudah larut dalam air, senang dicerna dan diserap ke dalam badan), 10-16% mukopolisakarida (ramuan untuk membina tulang rawan), kondrotin sulfat, glukosamina sulfat, kolagen, vitamin A, B1, B2, B3, C, kalsium, besi, mangan, magnesium, zink, iodine, selenium dan lain-lain lagi. Ia juga bebas daripada kolesterol!

Ekstrak Gamat K-LINK ialah minuman tonik yang paling baik diperbuat daripada Timun Laut Emas (Stichopus Variegatue). Timun laut emas ialah sejenis timun laut elit (antara 1000 atau lebih spesis dijumpai) yang mengandungi kandungan nutrisi dan ciri-ciri terapeutik yang tinggi.

Kebaikan cecair Gamat :

 

  • Untuk membina dan menguatkan daya pertahanan.
  • Cecair Gamat mengandungi faktor pertumbuhan sel atau Gamapeptida (Gamalin) dan mukopolisakarida yang membantu meningkatkan sistem pertahanan yang akan menyebabkan saluran darah mengecut atau tersekat lalu manghalang bekalan darah untuk sel-sel kanser dan menghalang replikasi sel kanser. Cecair Gamat juga disyorkan kepada mereka yang sedang menjalani kemoterapi dan radioterapi.
  • Baik untuk masalah pernafasan : batuk, asma dan sesak nafas.
  • Mengurangkan reumatik dan kesakitan arthritis. Ramuan aktif dalam Gamat seperti Gamapeptida, mukopolisakarida, glukosamina sulfat, kondrotin sulfat dan lain-lain amat baik untuk osteoartritis, rheumatoid artritis dan ankilosing spondilitis.
  • Menggalakkan penyembuhan luka, lecur, selepas bersunat, selepas melakukan pembedahan dan baru bersalin.
  • Ciri-ciri anti-radang : mengurangkan kesakitan, bengkak dan kemerahan.
  • Menggalakkan vasodilasi (pengembangan saluran darah) dan mengembalikan kekenyalan salur darah, baik untuk masalah kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi, arteriosklerosis dan sakit jantung.
  • Memperbaik fungsi hati : hati berlemak, cirrhosis hati dan lain-lain.
  • Buasir.
  • Kegatalan, alergi dan penyakit kulit seperti psoriasis, eczema dan lain-lain.
  • Anemia, kurang selera makan, keletihan, masalah pencernaan, gastritis, ulser perut, ulser peptic, ulser duodenum dan ulser mulut.
  • Masalah kesuburan, mati pucuk dan libido rendah untuk kedua-dua jantina.

Secara tambahan, ekstrak Gamat boleh digunakan dengan menggabungkan :

  • K-OsteoCal : membantu dalam masalah osteoartritis dan bahu beku.
  • K-Ayurveda AyuDerme dan K-Sauda VCO : membantu masalah kulit dan mempercepat penyembuhan luka.
  • K-Ayurveda AyuAsmo : membantu dalam masalah asma.
  • K-Ayurveda AyuBes : membantu mengawal kandungan gula dalam darah.