K-Insentif Trip
8 hari 6 malam berkunjung ke Afrika Selatan
10,000 markah pelancongan
Tarikh bertolak : 28 Julai 2010 – 4 Ogos 2010
Adakah anda sudah bersedia?
K-Insentif Trip telah bermula. Sertai keriangan bersama kami di Afrika Selatan yang juga dikenali sebagai Negeri Pelangi!
Cape Town - Johannesburg – Sun City - Entabeni
Hari 1 : Kuala Lumpur / Cape Town
Berkumpul di KLIA, bertolak ke Cape Town, Afrika Selatan melalui Johannesburg. Melawat Ladang Burung Unta di West Coast dan Table Mountain untuk melihat pemandangan yang cantik di Cape Town.
Hari 2 : Cape Town
Berkunjung ke Semenanjung Cape untuk satu hari. Menuju ke pantai laut Cape Town dan merentasi persiaran pantai Atlantik, Sea Point, Clifton dan Camps Bay ke Hout Bay. Menaiki bot menuju ke Seal Island untuk melihat singa laut. Seterusnya, bersiar-siar dari False Bay ke Cape of Good Hope dan berkunjung ke Cape Point yang terletak di puncak tertinggi dengan menghayati pemandangan indah Lautan Pasifik. Kemudian melanjutkan perjalanan ke Boulders Beach untuk melihat burung penguin dan ke Constantia Wine Cellar untuk menikmati wain.
Hari 3 : Cape Town / Johannesburg / Sun City
Menerbang ke Johannesburg. Membeli-belah barangan kraftangan Afrika Selatan dan batu permata di Cambonos. Kemudian, menuju ke Sun City dan menikmati persembahan Extravaganza Show pada waktu malam.
Hari 4 : Sun City
Anda bebas beriadah di sini! Menikmati segala aktiviti di dalam kota Matahari yang terkenal di Afrika Selatan ini. Kota ini diselubungi misteri dan lagenda “The Lost City”.
Hari 5 : Sun City/ Entabeni
Menuju ke Entabeni Game Lodge. Menikmati pengalaman permainan berpandu atas kenderaan bumbung terbuka untuk menghayati pemandangan alam sekitar dan binatang-binatang liar yang hidup bebas di habitat semula jadi.
Hari 6 : Entabeni / Johannesburg
Kembali ke kota Johannesburg. Mengunjung ke Lesidi Cultural Village dengan menyaksikan kebudayaan sebenar etnik bangsa asli Afrika Selatan. Perjalanan dilanjutkan ke kota Pretotia dan berkunjung ke Voortrekker Monument, The Union Buildings, Kruger House dan Church Square.
Hari 7 : Johannesburg/ Kuala Lumpur
Menuju ke Taman Tema Gold Reef City yang terletak di bekas kawasan perlombongan emas. Gold Reef City pernah menjadi sebuah kota penambangan emas yang terkenal dan anda berpeluang menyusuri lorong bawah tanah untuk merasai pengalaman mencari emas pada masa dahulu. Kemudian, tibalah masa untuk bertolak ke lapangan terbang dan berangkat pulang.
Hari 8 : Tiba di Kuala Lumpur
(Jadual perjalanan di atas adalah untuk tujuan rujukan, dan tertakluk pada perubahan mengikut keperluan tempat)
|