K-Link International K-Link International K-Link International
 
Bahasa :
 
     
 
 
   
 

Berita & Aktiviti - Berita

Majlis Penganugerahan Crown Nite telah diadakan di Johor Bahru, Penang, Kuantan, Sandakan dan Kuala Lumpur dari September hingga Oktober 2013 bagi menganugerahi pemimpin yang berjaya mencapai pangkat Manager hingga Crown Manager.


Johor Bahru

               

               

               

               

Kuala Lumpur

               

               

               

               

               

               

               

Kuantan

               

               

Penang

               

               

               

               

Sandakan

               

               

               

               

               


Tahniah! Dato’ Dr. Darren Goh dianugerahkan sebagai CEO Asia Pasifik Terunggul 2013 di 12th Asia Pacific Top Excellence Recognition Night pada 15 Mei 2013 di The Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan


               


Incentive Trip 2013 to Hanoi and Halong Bay, Vietnam


               

               

               

               

               

               

               

               

               

               

               

               

               


Lawatan Insentif 2013 ke Hanoi dan Halong Bay, Vietnam


               

               

               

               

               


Majlis Penganugerahan Daerah 2013 meraikan pencapaian dan usaha para pemimpin K-LINK. Diadakan dari April hingga Ogos 2013 di Johor Bahru, Ipoh, Kuala Lumpur, Melaka, Tawau, Kuantan dan Kuching


Ipoh

               

               

Johor Bahru

               

               

               

               

Kuala Lumpur

               

               

               

               

               

               

Kuantan

               

               

               

               

               

Melaka

               

               

               

               

               

Tawau

               

               

               

               

Kuching

               

               

               

               


Pusingan akhir Miss World Malaysia, 8 Julai 2012, Zouk Club Kuala Lumpur
Tahniah! Cik Lee Yvonne dinobatkan sebagai ratu Miss World Malaysia 2012 dan Miss K-LINK International


Finalis Miss World Malaysia 2012 berkunjung ke ibu pejabat K-LINK


Finalis Miss World Malaysia 2012 berkunjung ke Taman Burung Kuala Lumpur pada 3 Julai 2012 untuk menyertai program “K-LINK Go Green Awareness Tanam Pokok”.


National Cancer Society’s “Relay for Life” larian amal dengan peserta-peserta Miss World Malaysia 2012, 16 Jun 2012 (Sabtu), di Melaka International School, Melaka


Majlis Perasmian Menara K-LINK di Jakarta, Indonesia

Menara K-LINK telah dirasmikan pada 8 Julai 2011. Pengarah Urusan Kumpulan, Dato’ Dr. Darren Goh, Pengarah Eksekutif Kumpulan, Dato’ Lawrence Yap, Pengarah Kewangan Kumpulan, Dato’ KK Khor dan Pengarah Am Kumpulan, Dato’ Dr. Hj. Md. Radzi bin Saleh merasmikan bangunan bertingkat 25 ini dengan kehadiran para pengedar K-LINK International. Satu majlis makan malam gala dihidangkan kepada para pengedar dan tetamu kehormat di dalam dewan besar dengan persembahan daripada artis tempatan dan pertunjukan budaya.

Menara K-LINK merupakan satu lagi simbol kejayaan K-LINK International dalam bidang MLM antarabangsa.


Sambutan Ulang Tahun Ke-10 dan Majlis Penganugerahan K-LINK International
Melangkah ke Arah 10 TAHUN KEEMASAN

Pada 2 Oktober 2010, K-LINK International menyambut ulang tahun yang ke-10 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya secara gilang-gemilang. Majlis yang penuh kemeriahan ini telah dihadiri lebih daripada 6,000 orang ahli dari serata dunia untuk menyambut hari yang penuh bermakna kepada K-LINK International ini beramai-ramai.

Usaha K-LINK International selama 10 tahun kini berjaya menampakkan hasilnya yang membanggakan. K-LINK bukan sahaja berjaya membina empayar perniagaan MLM di Malaysia, malah juga mencapai kecemerlangan dan mengharumkan nama negara di seluruh dunia. Dato’ Dr. Hj. Md. Radzi bin Saleh, Pengarah Am Kumpulan mengalu-alukan kehadiran setiap elit K-LINK International dari serata pelusuk dunia dan menghulurkan penghargaan dan penghormatan kepada ahli-ahli yang telah berusaha bersama kami selama 10 tahun ini sehingga membentuk K-LINK International yang begitu disegani. Dato’ Dr. Darren Goh, Pengarah Urusan Kumpulan juga memberikan ucapan perasmian majlis. Beliau menegaskan bahawa K-LINK merupakan sebuah keluarga yang besar dan tidak berbeza dari segi negara, bahasa, kaum dan latar belakang. Yang penting, kita perlu berusaha bersama untuk membina masa depan yang lebih cemerlang.

Selain menganugerahkan para pemimpin baru yang mencapai pangkat tertentu, majlis juga mengadakan satu segmen istimewa untuk mengenang jasa Crown Ambassador, Senior Crown Ambassador dan Royal Crown Ambassador yang setia dan bersama K-LINK selama 10 tahun ini. Kini, K-LINK International telah berjaya melahirkan seramai 207 orang Crown Ambassador, 36 orang Senior Crown Ambassador dan 13 orang Royal Crown Ambassador. Kami percayai K-LINK akan berusaha untuk menghasilkan pencapaian dan penganugerahan yang lebih banyak, mencipta rekod yang disegani dan mencipta masa depan yang jauh lebih cemerlang.

Majlis telah menyediakan pelbagai acara yang menarik seperti sesi perkongsian kejayaan oleh para pemimpin, persembahan oleh KLStompers, “mask-changing”, tarian singa hip-hop serta sesi cabutan bertuah. Satu sesi memotong kek juga diadakan oleh Lembaga Pengarah K-LINK bersama rakan kongsi perniagaan di penghujung acara. Nyanyian lagu “Untukmu K-LINK” oleh semua ahli mengakhiri majlis tersebut.


Parti “Green Up Save Lives” di Sunway Surf Beach

Majlis Makan Malam yang bertemakan “Green Up Save Lives” telah diadakan di Sunway Surf Beach pada 3 Oktober 2010. Para ahli telah mewarnai majlis ini dengan pakaian hijau bersesuaian dengan tema yang diharap dapat mewujudkan kesedaran dan keprihatinan terhadap alam sekitar. Ahli-ahli dihidangkan dengan jamuan bufet sambil dihiburkan dengan lagu-lagu oleh kugiran secara langsung, pertandingan pakaian terbaik dan permainan yang menarik.


Karnival YES K-LINK & Majlis Penganugerahan Kebangsaan 2009

K-LINK International telah berjaya melangsungkan Karnival Year End Sale 2009 di Pusat Konvensyen Sunway pada 13 Disember 2009. Karnival merupakan acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh semua ahli setiap tahun. Ini merupakan peluang keemasan kepada semua ahli untuk mencapai prestasi jualan yang cemerlang. Malah mereka dapat membeli produk dengan harga promosi dan berpeluang memenangi hadiah lumayan. Sebagai balasan kepada ahli-ahli yang berusaha membeli-belah dan mengambil bahagian dalam permainan kuiz yang diadakan, lima orang yang bertuah telah dicabut untuk memenangi pakej pelancongan ke Kemboja untuk dua orang pada tahun ini. Para ahli berasa gembira pada hari tersebut kerana berjaya membawa pulang hadiah lumayan dan produk yang bernilai.

 Pada tahun ini, tema “SARKAS” dipilih untuk Karnival YES 2009 yang menyaksikan suasana yang penuh kemeriahan dan keriangan untuk semua ahli dan keluarga mereka yang dari serata negara. Pelbagai permainan menarik dan hadiah lumayan disediakan. Beberapa buah gerai turut diadakan untuk mempamerkan produk-produk terpilih K-LINK International yang mana wakil profesional sedia memberikan maklumat dan nasihat yang berguna kepada ahli-ahli. Wakil perunding ini termasuklah Dr. Chai, Dr. Razali, Cik Fiona Ho, Cik Yeoh Bee Lian, Dr. Loh dan sebagainya.

Karnival tahun ini penuh dengan suasana gilang-gemilang. Kami berbangga dengan kehadiran En. Alex Yoong, pelumba kereta handalan Malaysia untuk mempromosikan produk, K-FuelSaver TM. Cik Chris Tong, pemenang Pertandingan Ratu Cantik Miss Malaysia Chinese Cosmos 2006, pelakon dan duta produk siri penjagaan kulit K-BeauCareline turut hadir menambahkan seri kepada Karnival YES 2009. Seorang tetamu yang lain, iaitu pemenang Pertandingan Ratu Cantik Miss Chinese Cosmos 2009 (Southeast Asia Region) dan pemenang anugerah subsidiari Miss Health & Beauty, Cik Ong Wei Sian juga hadir di gerai pakaian pembentuk tubuh arang buluh, K-Perfect. Para tetamu jemputan mengiringi Pengarah Urusan Kumpulan, Dato’ Dr. Darren Goh, Pengarah Eksekutif Kumpulan, Dato’ Lawrence Yap dan Pengarah Kewangan Kumpulan, Dato’ Khor Kah Keng mengunjungi gerai-gerai produk. Selain itu, satu upacara menandatangani poster K-FuelSaver TM juga diadakan oleh para VIP.

Majlis Penganugerahan Kebangsaan 2009 merupakan satu lagi upacara utama pada hari tersebut. Majlis ini merupakan pencapaian para pemimpin elit yang telah bertungkus lumus mengusahakan jaringan masing-masing selama ini. Satu pertunjukan tarian yang hebat menandakan pembukaan Majlis Penganugerahan Kebangsaan 2009 dan upacara diteruskan dengan ucapan Pengarah Urusan Kumpulan, Dato’ Dr. Darren Goh yang mengalu-alukan kehadiran para pemimpin. Barisan pemimpin elit dianugerahi pangkat-pangkat yang dicapai dari pangkat Manager, Sapphire Manager, Ruby Manager, Emerald Manager, Diamond Manager, Crown Manager dan Crown Ambassador. Selain acara pertunjukan dan penganugerahan, lima orang pemimpin iaitu CM Khairul Anuar Bin Salim, CM Yu Wing Toong, CM Cheong Hock Chye, CM Raihan Binti Haji Wan Ibrahim dan CM Mohd. Shafri Zainal berkongsi pengalaman kejayaan mereka di atas pentas. Sesi pengkongsian yang menarik ini memberikan motivasi dan kesan yang positif terhadap ahli-ahli yang lain.

Stokis terbaik tahun ini telah jatuh kepada En. Koh Tong Boon dari Kuching manakala Stokis Mobil terbaik ialah Cik Ivy Woon dari Singapura. Mereka telah menerima pengiktirafan ini selama dua tahun berturut-turut dengan menunjukkan prestasi jualan yang memberangsangkan. Acara kemuncak yang dinanti-nantikan ialah sesi cabutan bertuah. Hadiah lumayan seperti televisyen LCD, telefon bimbit, pemain DVD, PSP dan lain-lain lagi telah diberikan kepada para pemenang bertuah. Majlis penganugerahan diakhiri dengan nyanyian lagu “Untukmu K-LINK” oleh semua ahli K-LINK International.


Sambutan Ulang Tahun Ke-8 dan Majlis Penganugerahan K-LINK International

K-LINK International telah menyambut ulang tahun ke-8 dan majlis penganugerahan di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC) pada 8 Ogos 2009 yang lepas. Majlis yang penuh gilang-gemilang ini disambut bersama-sama dengan lebih daripada 3000 orang ahli dari serata dunia seperti Indonesia, Thailand, India, Vietnam, Kemboja, Filipina, Lithuania, Nepal, Poland, Afrika, Kenya, Cyprus, England dan lain-lain. Malaysia sebagai tempat asal penubuhan K-LINK International, kami bersyukur dapat meraikan Sambutan Ulang Tahun Ke-8 ini di tanah air kita yang penuh dengan kemakmuran dan kebudayaan.

Dato’ Dr. Darren Goh, Pengarah Urusan Kumpulan, Dato’ Lawrence Yap, Pengarah Eksekutif Kumpulan, Dato’ Khor Kah Keng, Pengarah Kewangan Kumpulan dan Dato’ Dr. Hj. Md. Radzi bin Saleh, Pengarah Am Kumpulan mengalu-alukan kehadiran setiap elit K-LINK International dari serata dunia dengan kemegahan dan penghormatan. Barisan pengarah K-LINK dijemput ke atas pentas untuk merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-8 dan Majlis Penganugerahan ini.

Tema Sambutan Ulang Tahun Ke-8 K-LINK International ialah “Satu Dunia, Satu Misi, Satu Sistem” dan selaras dengan pengamalan K-LINK yang memainkan peranan penting dalam industri pemasaran jaringan secara global, sejajar dengan wawasan kami iaitu menjadi sebuah syarikat pemasaran jaringan bertaraf antarabangsa yang berdaya saing untuk memimpin para ahli menuju ke arah satu dunia, satu misi dan satu sistem. Sehingga tahun ini, rekod yang cemerlang telah tercipta, iaitu seramai 154 orang berjaya mencapai pangkat Crown Ambassador, 23 orang Senior Crown Ambassador dan 12 orang Royal Crown Ambassador.

Majlis Sambutan Ulang Tahun yang meriah ini menyaksikan pelbagai acara yang menarik. Para pemimpin yang berjaya berkongsi pengalaman mereka bersama-sama ahli yang lain. Semua ahli dipertontonkan persembahan nyanyian dan tarian yang menakjubkan. Sebagai penaja peringkat ‘Diamond’ untuk acara “Miss Chinese Cosmos Pageant 2009 (South East Asia Region)”, K-LINK International berbesar hati mempersembahkan 18 orang peserta “Miss Chinese Cosmos” di majlis malam tersebut. Selain Sambutan Ulang Tahun Ke-8 dan Majlis Penganugerahan, Majlis Makan Malam yang bertemakan “Malam Kebudayaan” diadakan pada hari berikutnya iaitu pada 9 Ogos 2009 di Sunway Surf Beach. Setiap ahli berasa begitu teruja dengan sambutan kali ini dan tidak sabar-sabar menantikan sambutan tahun hadapan.


Satu Hari di Bengkel Masakan Anti Kanser yang Pertama

Tanggal 16 Mei 2009, kelas pertama Bengkel Masakan Anti Kanser K-LINK International telah bermula. Bengkel sepenuh hari ini diadakan di Wisma K-LINK, dengan kepakaran ahli terapi nutrisi, Cik Kelly Chow. Acara ini bermula pada 10.30 pagi sehingga 6.00 petang. Respon bengkel ini sungguh memberangsangkan. Kira-kira 11 jenis masakan telah ditunjukkan dan ditambahkan dengan ramuan khas, K-Nitrilosides dan K-Phyto-Omega-3 Golden Flax.


Karnival dan Majlis Penganugerahan Kebangsaan 2008 K-LINK

K-LINK telah mengadakan Karnival dan Majlis Penganugerahan Kebangsaan 2008 di Pusat Konvensyen Sunway pada 14 Disember 2008. Hari ini telah lama dinanti-nantikan oleh ahli-ahli K-LINK International. Ia juga merupakan satu majlis pertemuan dan perkongsian antara pemimpin-pemimpin K-LINK. Selain menghadiri Hari Karnival dengan tujuan meningkatkan jualan sebelum tahun tamat, elit-elit K-LINK juga patut merasakan kebanggaan masing-masing kerana majlis pengiktirafan kejayaan turut diadakan pada hari yang sama.

Aktiviti pada hari tersebut telah diaturkan penuh seharian suntuk bermula dari pukul 9 pagi sehingga pukul 7 malam. Karnival jualan telah diadakan pada sesi pagi manakala Majlis Penganugerahan Kebangsaan diadakan pada sesi petang. Sejajar dengan cuti sekolah dan hari minggu, ahli-ahli K-LINK dari serata negara berpeluang membawa seisi keluarga menyertai hari yang amat bermakna ini untuk mengecapi saat yang menggembirakan ini.

Pelbagai aktiviti telah diatur sempena Hari Karnival. Ini termasuk majlis perlancaran produk baru seperti K-Perfect Bamboo Charcoal, K-Uttervin, K-Phyto-Omega 3, K-Nitrilosides, K-PPN Fossilized Coral dan siri K-BioAntiBac, kaunter pameran dan demonstrasi produk, pemeriksaan kesihatan, promosi jualan sempena Hari Krismas, permainan “Hunt for K-BioGreen”, seksyen permainan kanak-kanak dan lain-lain lagi serta aktiviti cabutan bertuah. Karnival K-LINK telah dikerumuni ahli-ahli bersama ahli keluarga masing-masing walaupun aktiviti belum bermula. Suasana yang meriah dapat dirasai di setiap sudut. Ahli-ahli telah mengalami Karnival yang penuh kemeriahan dan keriangan!

Menuju puncak impian dengan penuh kebanggaan dan kegembiraan

Majlis Penganugerahan Kebangsaan 2008 merupakan program penting pada hari tersebut. K-LINK International berbangga dengan kehadiran YB Senator T. Murugiah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk melancarkan perasmian majlis tersebut. YB Senator T. Murugiah memberikan ucapan beliau yang penuh bermakna serta menggalakkan orang ramai supaya bijak mencari alternatif untuk meningkatkan taraf hidup pada masa kini terutamanya apabila menghadapi kemelesetan ekonomi yang mengakibatkan pembuangan pekerja. Beliau menggalakkan orang ramai supaya mempertimbangkan bidang MLM sebagai salah satu cabang perniagaan kerana kos pelaburan bidang ini amat rendah.

Dr. Darren Goh, Pengarah Urusan Kumpulan K-LINK turut menyampaikan ucapannya yang penuh motivasi kepada rakan-rakan seperjuangan supaya sentiasa berusaha maju ke hadapan. K-LINK akan mencapai tahun ke-8 pada tahun yang akan datang dan tidak lekang memaparkan keputusan cemerlang serta melancarkan pelbagai produk baru yang berkualiti dari semasa ke semasa. K-LINK juga telah memberikan satu platform yang terbaik kepada para ahli. Seterusnya, En. Lawrence Yap, Pengarah Eksekutif Kumpulan dan En. K.K. Khor, Pengarah Kewangan Kumpulan juga dijemput ke atas pentas untuk merasmikan Majlis Penganugerahan Kebangsaan 2008 bersama-sama dengan YB Senator T. Murugiah dan Dr. Darren Goh.

Satu persembahan pasukan sorakan bertenaga dan persembahan tarian yang menarik telah diadakan untuk membangkitkan semangat semua ahli. Selain itu, sesi perkongsian pengalaman dalam mencapai kejayaan di K-LINK telah dilangsungkan bersama Crown Ambassador dan Senior Crown Ambassador. Mereka telah mendapat sorakan dan tepukan yang gemuruh daripada ahli-ahli yang lain serta para hadirin sekalian.

Penganugerahan pada hari itu telah mengiktiraf kejayaan pengedar-pengedar yang mencapai pangkat Crown Manager, Diamond Manager, Emerald Manager, Ruby Manager, Sapphire Manager dan Manager. Lebih seratus orang “bintang” berjaya naik ke pentas untuk mendapatkan pin dan sijil sebagai tanda pengiktirafan. Antara mereka yang mencapai pangkat Senior Crown Ambassador dan Crown Ambassador ialah SCA Muhammad bin Jaafar, SCA Hj. Asbullah Jahidin dan isteri, CA Murusamy Subramaniam dan CA Mahaswari A/P Supramaniam. SCA yang diraikan kelihatan seperti selebriti apabila berjalan di atas karpet merah diiringi para penari apabila dijemput naik ke atas pentas untuk menerima pengiktirafan daripada barisan pengurusan kumpulan K-LINK. Mereka telah mencapai kejayaan yang membanggakan dan menunjukkan teladan yang terbaik kepada ahli-ahli lain supaya terus berusaha keras untuk berjaya. Acara terakhir ialah penganugerahan “Stokis Terbaik” kepada pemenangnya En. Koh Tong Boon, stokis dari Kuching dan pemenang “Mobile Stokis Terbaik” iaitu stokis dari Singapura, Cik Ivy Woon. Upacara penyampaian hadiah-hadiah utama cabutan “Buy & Win” dan cabutan bertuah utama turut diadakan di penghujung acara. Majlis diakhiri dengan lagu serta berkat sesama ahli-ahli. Semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan!


Program “Success School of K-LINK with Dr. BN Edward”

Program 2-hari, “Success School of K-LINK with Dr. BN Edward” telah diadakan di Wisma K-LINK pada 29 & 30 November 2008. Topik program ini adalah “Professional Network Marketing”. Kira-kira 120 orang ahli yang mengambil bahagian dalam program tersebut dan menerima sijil daripada Universiti Terbuka Malaysia. K-LINK menjadi syarikat jualan langsung yang pertama untuk menerima sijil profesional daripada sebuah universiti. Dalam program ini, Dr. BN Edward memberikan ceramah motivasi dan mengadakan beberapa permainan interaktif bersama-sama dengan ahli-ahli.


Rumah Terbuka Deepavali K-LINK

Perayaan Deepavali telah diraikan pada 8 November 2008 di K-LINK. Rumah terbuka telah diadakan dengan pertunjukan budaya di Wisma K-LINK. K-LINK berbangga dengan kehadiran YB Senator T. Murugiah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Darren Goh, Pengarah Urusan Kumpulan dan En. Periyasamy, Pengarah Am Makkal Osai untuk melancarkan perayaan tersebut. Terdapat makanan tradisi dihidangkan kepada para ahli dan persembahan khas oleh artis tempatan, Sam Sara serta tarian tradisional oleh Cik Induja. Kira-kira 400 orang ahli dan staf menghadiri rumah terbuka ini. Perayaan ini diraikan dengan penuh warna-warni dan kegembiraan.


Majlis Ole-ole Aidilfitri dan Pra-pelancaran Produk Baru

K-LINK International telah mengadakan Majlis Ole-Ole Aidilfitri dan pra-pelancaran produk baru di Wisma K-LINK pada 19 Oktober 2008. Makanan yang enak dihidangkan pada hari tersebut sebagai tanda penghargaan kepada ahli-ahli yang sentiasa memberikan sokongan dan sumbangan yang tak terhingga kepada K-LINK. Lebih kurang 400 orang ahli menghadiri aktiviti pada hari itu. Program pra-pelancaran produk baru yang diadakan pada masa yang sama telah dirasmikan oleh En. Lawrence Yap, Pengarah Eksekutif Kumpulan, Tuan Haji Abdul Karaf Bin Haji Shafie, para wakil penceramah produk baru iaitu Dr. Tan, Dr. Eric Tan dan En. Eric Leong secara bersama-sama. Pelbagai program telah dijalankan pada hari itu termasuk demonstrasi produk dan taklimat produk baru oleh pakar masing-masing iaitu produk Siri Penjagaan Kulit K-BeauCareline, K-EnergyMax, K-CrystalClean dan K-ColourShine. K-LINK telah menghadiahkan 30 set produk baru sebagai hadiah cabutan bertuah serta menjalankan Program Cabutan Bertuah “Buy & Win”. Para pemenang dan hadirin telah mengalami satu hari yang menggembirakan.


BOB di Davao

“Best of the Best” telah diadakan di Linmarr Davao Apartelle & Suites pada 10 – 11 Oktober 2008 di Lakandula St. Agdao, Davao. Aktiviti untuk membina semangat berpasukan telah disediakan untuk ahli-ahli. Seramai lebih daripada 20 orang ahli yang mengambil bahagian dalam BOB kali ini. En. Lawrence Yap, Pengarah Eksekutif Kumpulan dan En. Shapiarudin Abu Hassan, Penasihat Perniagaan K-LINK International telah menghadiri BOB ini.


BOB di Cagayan de Oro

“Best of the Best 2008” telah diadakan di Cha-Li Beach Resort & Hotel, Cugman Cagayan de Oro City pada 13 -14 Oktober 2008. Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan untuk ahli-ahli seperti permainan membina semangat berpasukan, sesi berkongsi pengalaman dan sesi mengurangkan stres. Lebih 20 orang ahli yang mengambil bahagian dalam BOB kali ini. En. Lawrence Yap, Pengarah Eksekutif Kumpulan juga menghadiri BOB ini.


Sambutan Perayaan Tanglung di Singapura

Perayaan tanglung telah diraikan oleh K-LINK Singapura pada 11 September 2008. Seramai 180 ahli yang mengambil bahagian dalam sambutan ini. Terdapat berbagai-bagai jenis makanan disediakan oleh Ahli Jawatankuasa K-System (Singapura) dan juga kuih bulan yang ditaja oleh K-LINK Singapura. Semua ahli berseronok dalam permainan teka-teki tanglung dan 10 hadiah diberikan kepada para pemenang yang bertuah.


Sambutan Ulang Tahun ke-6 K-LINK Singapura dan Pelancaran Produk Baru

K-LINK Singapura telah mengadakan Majlis Ulang Tahun ke-6 dan pelancaran produk baru di cawangan Singapura pada 9 November 2008. Dr. Darren Goh, Pengarah Urusan Kumpulan, En. Lawrence Yap, Pengarah Eksekutif Kumpulan dan En. Marthyn Ting, Pengurus Daerah Singapura telah menghadiri aktiviti ini. Sesi memotong kek telah dijalankan di atas pentas sempena sambutan ulang tahun ke-6 cawangan Singapura ini. Selain itu, K-LINK telah menjemput pakar produk, Dr. Tan untuk memberikan taklimat tentang produk baru yang dilancarkan iaitu Siri Penjagaan Kulit K-BeauCareline serta menjalankan demonstrasi produk dengan ahli-ahli secara langsung. Lebih kurang 100 orang ahli telah menghadiri aktiviti ini.


K-Ayurveda Kini di Eropah!

“Road show” yang pertama di Eropah telah diadakan di United Kingdom. Dr. Chai, Penasihat Kesihatan K-LINK International mengambil bahagian dalam “road show” ini. Kegiatan ini telah diadakan di Hotel Ramada Jarvis, Ealing Common, London pada 3 Oktober 2008. Dr. Chai telah memberikan ceramah tentang isu-isu kesihatan dan produk K-LINK terpilih seperti K-Ayurveda, K-Liquid Spirulina dan K-Biogreen.


Konvensyen K-LINK Poland 2008

Konvensyen K-LINK Poland 2008 telah diadakan di Zakopane, Poland pada 26 – 28 September 2008. Konvensyen ini bertempat di Hotel Mercure dan menerima sambutan yang amat baik daripada ahli-ahli. Dr. Darren Goh, Pengarah Urusan Kumpulan menghadiri konvensyen ini. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti ceramah, sesi berkongsi pengalaman, permainan, persembahan tarian dan lain-lain lagi.


Majlis Penganugerahan 2008 di Melaka

Pada 3 Ogos 2008, Majlis Penganugerahan telah diadakan di Avillion Legacy Melaka. Upacara ini diadakan khas untuk mengiktiraf kejayaan pengedar-pengedar yang mencapai pangkat Manager ke Diamond Manager. Dalam acara yang sama, K-LINK International melancarkan Pek Permulaan untuk pengedar baru yang menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada semua ahli.

Upacara ini dihadiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Dr. Darren Goh dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, En. Lawrence Yap yang juga telah melancarkan Pek Permulaan tersebut dan kemudian menganugerahkan pin berserta sijil kepada semua penerima.

Semua ahli yang hadir diberikan cenderamata dan satu demonstrasi Sistem Penapisan Air 7 Star telah diadakan di ruang legar.


Pembukaan Rasmi Cawangan Sg. Petani

K-LINK sentiasa berkembang dan kini satu cawangan baru telah dibuka secara rasminya di Sg. Petani untuk berkhidmat kepada ahli-ahli di kawasan tersebut. Upacara pembukaan rasmi telah diadakan pada 27 Julai 2008. Satu pertunjukan tarian singa memulakan upacara tesebut.

Kemudian, upacara menandatangani plak batu dilakukan dengan Pengarah Eksekutif Kumpulan, En. Lawrence Yap dan Pengarah Kewangan Kumpulan, En. K.K. Khor. Jamuan ringan dihidangkan kepada ahli-ahli yang hadir .

Acara-acara menarik diaturkan kepada para ahli sepanjang upacara seperti persembahan produk-produk K-LINK dan permainan

 

Lawatan Insentif ke Istanbul & Athens

Seramai 22 orang pengedar berpeluang melawat ke Istanbul, Turkey dan Athens, Greece setelah bekerja keras untuk mencapai lawatan insentif ini. Lawatan ini bermula dari 21 – 24 Jun 2008 di Istanbul dan 24 – 26 Jun 2008 di Athens.

Tempat-tempat yang dilawati di Istanbul adalah seperti Hippodrome Square, Masjid Biru, Istana Topkapi, Masjid St. Sophia Mosque, Perlayaran Bosphorus, Spicy Bazaar dan Grand Bazaar. Di Athens pula, kumpulan pengedar berkunjung ke Pelabuhan Piraeus, Pulau Hydra, Pulau Poros, Pulau Aegina, tapak Arkeologi Aeropolis, Syntagma Square, makam askar yang tidak diketahui, bangunan Parlimen, Istana Presiden dan Stadium Olimpik Pertama 1896.

Kesemua pengedar yang mengambil bahagian telah mengalami pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan tertarik dengan keindahan pemandangan serta makanan tempatan di kedua-dua negara itu. Mereka telah mengalami satu lawatan yang menyeronokkan bersama K-LINK International.


Perayaan Tahun Baru Cina K-Link 2008

Sempena penyambutan Tahun Tikus dalam kalendar lunar 2008, K-LINK International telah mengadakan pelbagai acara perhimpunan Tahun Baru Cina di ibu pejabat dan stokis-stokis di seluruh Malaysia dari 15 hb Februari hingga 21 hb Februari 2008.

Satu rangkaian acara perayaan telah berjaya menarik kehadiran ramai pengedar K-LINK. Antaranya, K-LINK International telah mengadakan acara Rumah Terbuka di ibu pejabat pada 15 hb Februari 2008, pusat stokis Kota Kinabalu pada 17 hb Februari 2008 dan cawangan Johor Bahru pada 20 hb Februari 2008. Ramai pengedar yang membanjiri tempat-tempat tersebut agar dapat berpeluang untuk berjumpa dengan pengarah-pengarah K-LINK dan pemimpin-pemimpin yang lain. Pengarah-pengarah K-LINK telah memberi ”Ang Pao” kepada semua pengedar K-LINK dan berharap agar semuar pengedar mempunyai permulaan yang baik untuk sepanjang tahun akan datang.

Selain itu, stokis-stokis K-LINK di semua negeri juga mengadakan pelbagai acara untuk menyambut Tahun Baru Cina ini. Sebagai contohnya di Ipoh pada 15 hb Februari 2008, seramai 183 orang telah menghadiri jamuan makan di sebuah restoran Cina. Kehadiran Dr. Darren Goh dan En. Lawrence Yap bersama dengan pemimpin-pemimpin utama K-LINK telah memeriahkan lagi suasana acara tersebut. Sekumpulan band muzik sekolah tempatan telah mempersembahkan nyanyian lagu dan tarian Tahun Baru Cina. Ahli-ahli K-Sistem Ipoh telah menghadiahkan patung Dewa Kekayaan dengan belon kepada Dr. Darren Goh dan En. Lawrence Yap. Banyak hadiah yang diberikan semasa sesi cabutan bertuah dan sesi permainan..

Pelbagai permainan dan cabutan bertuah telah diadakan di Kuching pada 18 hb Februari. Seorang pengedar Melayu telah berjaya memenangi pertandingan Kaligrafi Cina terbaik dan terpantas. En. Lawrence Yap juga telah mengambil bahagian dalam acara ini.

Pada 21hb Februari 2008 di Singapura, sejumlah 176 orang telah membanjiri cawangan baru K-LINK di Singapura yang bertempat di Chinatown untuk merayakan ”Chap Goh Meh” sempena upacara pembukaan rasmi cawangan K-LINK Singapura. Pelbagai pertandingan dan acara pemakaian terbaik telah diadakan. Orang ramai berasa seronok dan terhibur menyaksikan pertandingan mencium angpau.

Adalah diharapkan agar semua pengedar mendapat tahun 2008 yang lebih baik dengan penyambutan Tahun Baru Cina yang penuh meriah ini.


Hari Penghargaan K-Link Vietnam 2008

Hari Penghargaan K-LINK 2008 telah diadakan pada 20 hb Januari 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Hanoi, Vietnam. Pertubuhan acara ini merupakan satu tanda penghargaan kepada semua pemimpin K-LINK yang telah berjaya mencapai pangkat Manager, Sapphire Manager, Ruby Manager, Emerald Manager, Diamond Manager dan Crown Managers pada bulan Oktober, November dan Disember 2007.

Terdapat kira-kira 800 orang yang telah menghadiri acara tersebut dan para hadirin berasa gembira dengan adanya kehadiran Pengarah Utusan Kumpulan K-LINK International Sdn Bhd iaitu Dr. Darren Goh dan pemegang saham Mr. Loo Soon Tow. Tetamu undangan termasuklah pemimpin-pemimpin dari Malaysia yang terdiri daripada SCA Lee Kim Soon, CA. C. C. Chua, CA. Sam Loo dan CA. Mohammad Jaafar.

Dr. Darren Goh telah menyampaikan ucapan beliau di atas pentas pada permulaan acara ini. VIP lain yang turut menyampaikan ucapan termasuklah Pengarah Komunikasi JSC Vietnam Mr. Nguyen Le Vinh, CA Mohammad Jaafar, CA Sam Loo dan para Pengurus Mahkota yang baru dilantik.


Hari Penghargaan K-LINK - Jakarta, 16hb Januari 2008

Pada hari ini, Stadium Dalaman Tenis Senayan Jakarta adalah penuh sesak kerana dibanjiri oleh lebih daripada 7000 orang yang meminati K-LINK.

Hadirin-hadirin ini bukan sahaja datang dari Jakarta, malah ada juga yang datang dari Bandung, Lampung, Surabaya, Padang, Makassar dan lain-lain tempat lagi. Ini telah berjaya membuktikan bahawa K-LINK bukan sahaja mampu menjadi tumpuan orang tempatan, malah juga mampu memperkembangkan pengaruhnya sampai ke tahap yang lebih jauh, iaitu ke tahap antarabangsa. Para hadirin yang hadir ke Stadium bukan sahaja terdiri daripada mereka yang terlibat secara langsung dalam acara penghargaan K-LINK, malah juga melibatkan keluarga-keluarga mereka yang bakal menerima cenderahati penghargaan yang penuh bermakna itu dari K-LINK. Ini menunjukkan satu kejayaan secara tidak langsung yang amat besar untuk K-LINK di mana K-LINK bukan sahaja dapat menarik perhatian keluarga pengedar malah juga dapat mengeratkan hubungan di antara pengedar dengan keluarga masing-masing. Dengan adanya acara Hari Penghargaan K-LINK yang penuh istimewa ini, adalah dipercayai bahawa K-LINK amat menghargai usaha semua pihak yang berusaha selama ini untuk menjayakan K-LINK.

Pengacara utama yang dipelawa untuk mengacarakan hari yang penuh meriah dan bermakna ini merupakan pengacara terkenal pada media masa kini, iaitu CA Rizal Fatah Nurkarim. Permulaan acara telah memaparkan laluan-laluan detik bersejarah K-LINK ke Indonesia sehinggalah kejayaan setiap cawangan yang berjaya dirasmikan pembukaannya dari semasa ke semasa. Tiap-tiap saat yang dipaparkan merupakan hasil titik peluh setiap orang yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan K-LINK dan ia adalah suatu kejayaan yang amat membanggakan.


Seminar “Train The Presenter”

K-LINK International telah mengadakan Seminar “ Train T he P resenter ” pada 26 hb dan 27 hb Januari 2008 selama 2 hari bertempat di Wisma K-LINK. Seramai 57orang menghadirkan diri dalam seminar ini.

Program ini dijalankan untuk melatih para usahawan membuat presentasi. Setiap peserta akan diberikan untuk presentasi di hadapan peserta dengan penceramah dan diberikan komen setiap kekuatan dan kekurangan mereka semasa presentasi. Kesan dari program ini, peserta konfiden dengan diri sendiri untuk membuat presentasi dan bercerita mengenai syarikat dan keistimewaan produk K-LINK International. Mereka juga diberikan tips dan cara bagaimana untuk mempengaruhi orang lain-lain dan menarik orang lain untuk terlibat di dalam bisnes K-LINK.


Roadshow K-Sauda VCO

Satu aktiviti telah diadakan sempena hari pembukaan Wisma K-LINK pada 6 hb Januari 2008. Semua ahli K-LINK dijemput hadir pada hari tersebut, untuk meraikan kemeriahan ini. K-Sauda VCO merupakan produk yang baru dipasarkan di Malaysia . Produk ini turut diperkenalkan kepada para hadirin yang hadir pada hari tersebut dengan lebih mendalam. Penceramah pada hari tersebut ialah Dra.Hj Yayan Karyani dari Indonesia .


Majlis Perasmian Wisma K-LINK

Wisma K-LINK telah dirasmikan pada 6hb Januari 2008!

Sejak awal pagi, ramai orang telah berkumpul di Wisma K-LINK. Lebih kurang 500 orang, yang ramai di antaranya terdiri daripada pengedar-pengedar K-LINK International berada di sana untuk menyaksikan sendiri bangunan yang bernilai RM15 juta tersebut. Komputer intelek beraturcara sentuhan yang terletak di tingkat bawah Wisma K-LINK telah menarik minat ramai hadirin. Ia mengandungi maklumat mengenai K-LINK International Sdn. Bhd.

Wisma K-LINK dirasmikan pada pukul 3.45pm oleh Pengarah Urusan Kumpulan K-LINK International Dr. Darren Goh, Pengarah Eksekutif Kumpulan Encik Lawrence Yap, Pengarah Kewangan Kumpulan Encik K.K Khor, Pengarah Dr. Mohd Radzi, pemegang-pemegang saham Encik Loo Soon Thow dan juga Tuan Haji Abdul Araf Bin Haji Shafie. Majlis ini diteruskan dengan persembahan tarian singa. Seterusnya, diketuai oleh singa-singa, dan diikuti oleh Dr. Darren Goh yang menjunjung ‘Helang Emas’ serta ahli-ahli lembaga pengarah telah berangkat ke tingkat atas bangunan untuk upacara kesyukuran. Pada masa yang sama, persembahan tarian naga juga telah memeriahkan suasana.

Antara para wartawan yang hadir adalah Sin Chew Jit Poh, Nan Yang Siang Pao, Oriental Daily, China Press, Kwong Wah Press, Harian Metro, New Strait Times, Mingguan Ekonomi dan lain-lain. Semasa sesi temuduga bersama Dr. Darren Goh, beliau telah menyatakan bahawa K-LINK akan menjadi lebih aggresif dalam membangunkan pasaran tempatan melalui pengenalan lebih banyak produk-produk berkualiti kepada pengguna. Prinsip-prinsip K-LINK adalah untuk mempromosikan kesihatan dan kecantikan kepada masyarakat. Seterusnya, Dr. Darren Goh telah mempersembahkan Miss K-LINK Cik Winnie Chan dengan tiara yang direka khas oleh pereka tempatan terkenal. Majlis ini bertambah meriah dengan kehadiran Miss K-LINK.

Sempena majlis perasmian ini, K-LINK turut mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma dan sudut pameran produk. Kaunter-kaunter jualan telah menawarkan promosi istimewa untuk produk K-Omega Squa, K-Sauda VCO dan juga Sistem Penapisan Air Seven Star pada hari tersebut.

Bangunan lapan tingkat ini telah menjadi tanda lokasi baru di Jalan Kuchai Lama. Wisma K-LINK yang merupakan salah satu pencapaian yang menakjubkan adalah kebanggaan ahli-ahlinya.

KARNIVAL K-LINK 2007

Tanggal 9hb Disember 2007 merupakan hari yang dinanti-nantikan. Para pengedar K-LINK turut berhimpun demi meraikan perayaan tahunan utama “KARNIVAL TAHUNAN K-LINK”.

Aktiviti perayaan ini bukan sahaja menandakan mercu kejaya a n daya usaha para rakan K-LINK, bahkan sebagai hari pertemuan antara rakan jualan handal K-LINK. Bagi para rakan K-LINK, ''KARNIVAL TAHUNAN K-LINK” merupakan pentas pertandingan demi menunjukkan prestasi kehandalan setiap individu, just e ru ianya dijadikan hari yang amat ditunggu-nantikan oleh semua pengedar dan juga dianggap sebagai peluang mutamat demi mencapai prestasi jualan tahunan. Pada hari perayaan ini, an e ka jenis produk can g gih dan unggul akan dipam e r kan demi menandakan perkembangan pesat serta keutuhan perusahaan kumpulan K-LINK.

Selain daripada jualan promosi produk, pelancaran produk terkini, program bengkel, kaunter pam e ran produk iaitu K-Sage Plus, K-Sauda VCO dan K-Bomboo Salt juga di adakan; majlis peng anugerahan, pemeriksaan kesihatan secara percuma seperti tekanan darah, berat badan, ketinggian, sudut Ayurv e da, taman hiburan kanak-kanak, belon badut, hadiah dari Santa C laus dan juga cabutan bertuah juga turut menjadi acara tarikan pada hari tersebut .

Majlis peng anugerahan telah di adakan pada kira-kira jam pukul 4 petang. segmen upcara utama ini merupakan satu segmen di mana setiap pecapaian yang diperolehi para pengedar K-LINK masing-masing diikhtirafkan. Upacara di mulai dengan pertunjukan “transformer” yang sungguh hebat serta berimpek sekali, tep u kan gemuruh telah diberikan kepada pertunjukan yang sungguh menarik ini. Upacara diteruskan dengan ucapan daripada Pengarah Urusan Kumpulan K-LINK Dr. Darren Goh.

Selain daripada acara-acara pertunjukan, upacara peng anugerahan, perkongsian pengalaman di antara pemi m pin-pemi m pin rakan K-LINK, upacara pengikhtirafan “Stokis Terbaik” kepada pemenangnya Kho Tong Boon, dan juga pemenang “Stokis Mobil Terbaik” iaitu Kelvin Chai merupakan upacara kemuncak perayaan karnival tahun ini.

Karnival yang bersuasana riang ria serta gilang gemilang ini telah berakhir dengan ucapan selamat berjumpa lagi pada tahun depan sesama para pengedar K-LINK.



Majlis Penganugerahan Palembang, Indonesia

Malam Penganugerahan Indonesia berlangsung di Palembang pada 16hb November 2007, terasa bangga kerana dihadiri oleh orang terkenal di Sumatera Selatan Bapa Gabenor Ir. h. Syahrial Oesman MM dan Walikota Palembang Ir. H. Edi Santana Putra MT.

Acara berlangsung meriah dengan kehadiran lebih dari 2500 orang pemimpin K-Link dan bukan hanya pemimpin-pemimpin dari seluruh Sumatera Selatan dan juga dari Padang , Bengkulu dan Jakarta . Penceramah pada sesi perkongsian ialah SCA Hendri Rikianto.

Selain itu, Majlis penganugerahan K-Link Surabaya turut diadakan pada 26hb Oktober 2007. Majlis tersebut disambut dengan meriah sekali dengan kehadiran 2000 orang pemimpin. Selain pemimpin dari Surabaya, pemimpin dari Jogjakarta, Jember, Malang, Pasuruan, Makassar, Bali, Mataram dan lain-lain juga turut menyertai. Sesi perkongsian kejayaan dikendalikan oleh CA Andang Priyadi.


PERCUTIAN INSENTIF KE CHANGRAI & CHIANGMAI THAILAND

Sebagai tanda penghargaan terhadap pencapaian cemerlang rakan K-Link, pada tanggal 11hb sehingga 15hb, November 2007, satu trip insentif percutian sepanjang 5 hari 4 malam ke Ch i ngrai, Thailand telah diperuntukkan sebagai ganjaran syarikat. Di bawah pimpinan Pengarah E ksekutif K-Link Interna t ional, Lawerence Yap , rombongan rakan K-Link yang layak telah bertolak ke Bandaraya ChiangMai, demi memulai rombongan inse n tif yang penuh dengan rational serta menginspirasikan.

Pada hari kedua, selepas ber sarapan, rombongan pun bertolak menuju ke pangkalan latihan gajah terbesar di Thailand demi menyaksikan pertunjukan hebat daripada “sang gajah”. Antara pertunjukan yang menarik serta dapat memperluaskan pandangan semua adalah termasuk tarian gajah, bola sepak, melukis dan juga urut mengurut dll. Seterusnya, rombongan pelawat turut mengunj u ngi t aman o kid dan k awasan perindustrian keluarga. Hidangan makanan ala u tara s iam yang enak untuk memuaskan selera rakan K-Link telah disediakan pada waktu malam, dan pertunjukan kebudayaan tradisional Siam turut dipersembahkan. Rakan rombongan juga tidak terlupa untuk mengambil kesempatan demi meraikan hari jadi Tommy Tan. Aktiviti “ m elepaskan tanglung langit” merupakan satu tarikan kebudayaan tradisi yang telah disaksikan pada malam itu.

Pada hari ketiga, rombongan K-Link telah menghala ke Bandaraya Utara Thailand iaitu ChingRai untuk mengunjungi ke “Golden Triangle” yang termas y hur di dunia, rakan ro m bo n gan dapat menyaksikan secara sendiri tempat yang penuh dengan misteri itu . I a merupakan sempadan antara tiga negara iaitu Thailand , Laos dan My a nma r . Kawasan bandar Masai yang terletak di sempadan Thai-My a nma r merupakan pusat kraf tangan tradisional rakyat My a nma r dimana semua rakan rombongan telah membuat pembelian yang hebat.

Pada hari keempat , rombongan K-Link telah melawat suku kaum panjang leher, suku kaum telinga besar, suku kaum Aka yang berhuni di kawasan perkampungan terpencil di utara Thailand . Rombongan juga berkesempatan untuk mengunjungi “Kuil Putih” yang direka bentuk Master Chatlinchey, selaku salah seorang artis termashyur Thailand . Pemb i naan kuil yang mengambil masa sepanjang lima tahun ini menawarkan kraf tangan buatan Master Chatlinchey dan anak murid.

Malam jamuan pemisahan disertai dengan persembahan tarian rancak, pertunjukan “ catwalk ” yang mempesonakan, kadar keghairahan setiap rakan telah dipertingkatkan ke paras maxima, di gelangan tarian, terdengar gelak tertawa dan tepukan tangan yang gemuruh tanpa berhenti . Rombongan insentif percutian pun telah sempurnakan setakat ini. Semoga berjumpa semula pada tahun 2008!

Majlis Penganugerahan K-LINK Singapura

Sebagai pengiktirafan kepada para pengedar Singapura yang telah berjaya mencapai pangkat dari Manager kepada Diamond Manager, K-LINK telah mengadakan majlis pengiktirafan di Singapura Chinese Chamber of Commerce & Industry pada 4hb November 2007. Lebih kurang 250 orang pengedar menghadiri majlis tersebut.

Pengarah Urusan Kumpulan K-LINK International, Dr. Darren Goh memulakan majlis dengan ucapannya, diikuti dengan demonstrasi K-Ayurveda oleh pengasasnya, Dr. Roopam Bhatt.

Sesi perkongsian oleh RCA Kenny Chong, RCA Christopher Lai dan DM Yu Wing Toong adalah puncak majlis pengiktirafan tersebut. Aktiviti lain termasuk cabutan bertuah dan ianya merupakan hari yang menggembirakan.

page 1 - 2