K-Link International K-Link International K-Link International
 
Bahasa :
 
     
 
 
   
 

Berita & Aktiviti - Berita

Kem Motivasi “Sehati Sejiwa”

Pemimpin-pemi m pin dan juga para pengedar dari merata kawasan telah berkumpul demi menyertai Kem motivasi “Sehati Sejiwa” yang diadakan di Bandar Kuc h ing pada 21hb Oktober 2007. Isi kandungan k h usus kem kehidupan yang mengambil masa 2 hari 1 malam ini sesungguhnya telah dipenuhi dengan cantuman teori dan praktis sehingga dapat membentukkan satu-satunya k h usus yang berlainan .

Aktiviti dimulakan selepas acara penyampaian ucapan daripada Encik Lawrence Yap selaku Pengarah Eksekutif Kumpulan K-LINK, upacara dilanjutkan dengan taklimat khas dan juga perkongsian pengalaman kejayaan cemerlang buat para rakan kongsi K - LINK International daripada ketiga-tiga CA K-LINK iaitu CA Mok Sh ih H a n, Peter Lau dan juga Steward Ngu . Mereka telah membawa kepada para pengedar siri k h usus yang unggul serta berbentuk lainan sekali. Demi memperdalamkan pengertian para hadirin terhadap K-LINK Energy Cream, C A Peter Lau telah dijemput khas untuk mempersembahkan demo dan juga penjelasan secara terperinci tentang ciri-ciri serta m a nfaat produk ini.

Segmen yang amat dinanti-nantikan semua iaitu segmen permain an beraneka ragam secara berturut-turut telah membawa kan kem ini ke tahap kemuncak. Antara acara permainan hebat seperti “gigit cawan sambil mencurahkan air”, “lumba ikat kaki”, “mengupas kelapa”, raja lambung besar” masing-masing telah memperaktifkan kembali kecergasan serta daya cipta para peserta. Acara permainan berunsur interaktif, beraturcara soal jawab ini dapat menggalakkan daya kreatif an minda serta kegiatan mental secara terpendam.

Kem motivasi berakhir dengan upacara penyerahan sijil-sijil penghargaan serta ucapan bersemangat oleh Encik Lawrence Yap . Serentak itu, demi memperkembangkan perniagaan K-LINK, para pengedar K-LINK juga dinasihatkan supaya memperluaskan perhubungan kenal serta melatih lebih lagi ahli pengusaha di bawah jaringan tajaan kumpulan masing-masing.

Di bawa penyertaan berazam kuat para pengedar K-LINK, bersama-sama berkongsi pengalaman serta berk h usus, Kem motivasi yang bertempoh 2 hari 1 malam ini telah tamat secara sukses sekali dengan ucapan selamat tinggal dan selamat bertemu kembali .

Majlis Makan Amal Johor

K-LINK International Cawangan Johor Bahru serta pemimpin- pemimpin K-LINK Johor telah menganjurkan Majlis Makan Amal baru-baru ini. Ia merupakan salah satu usaha K-LINK terhadap kebajikan masyarakat. Aktiviti tersebut diadakan di Lily Garden, Johor Bahru pada 23hb September 2007.

Antara mereka yang turut hadir bagi menjayakan majlis yang bermakna ini adalah Wakil Rakyat Daerah Johor Jaya, Johor, Pengarah Urusan Kumpulan K-LINK International Dr. Darren Goh, Miss Cosmo Pageant Malaysia & Miss K-LINK Cik Winnie Chan dan beberapa artis daripada Singapura.

Selain daripada menjamu selera, para hadirin juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan daripada penyanyi-penyanyi tempatan Malaysia dan juga sesi seminar berkaitan barah dan lain-lain.

Bagi menjayakan aktiviti kutipan amal ini, Dr. Darren Goh merupakan penderma pertama yang telah menyumbangkan derma sebanyak RM15ribu. Aktiviti ini berjaya mengumpulkan lebih daripada RM60ribu. SJK (C) Johor Jaya, Sekolah Rendah Ulu Tiram dan Pusat Rawatan Dialisis JB Rotary Club adalah antara organisasi yang mendapat bantuan.

Rombongan Insentif K-Link Indonesia 2007

25 orang pemimpin K-Link Indonesia telah melaksanakan ibadah umrah dalam rombongan insentif K-Link pada 29hb Ogos hingga 6hb September 2007.

Selain beribadah di Masjid Nabawi di Madinnah dan Masjid Haram Mekkah, pemimpin juga berkesempatan mengunjungi ke makam Nabi Muhammad SAW, Jabal Uhud, Jabal Magnet dan sebagainya.

Latihan Motivasi dan Kepimpinan di Vietnam

Baru-baru ini K-LINK Vietnam telah menganjurkan satu Latihan Motivasi dan Kepimpinan dari 22hb – 24hb Jun 2007 di Cat Ba, daerah Quang Ninh di Hanoi. Latihan tersebut diberikan kepada mereka yang berpangkat Manager dan ke atas bagi memperbaiki sifat kepimpinan mereka serta meningkatkan pengetahuan terhadap produk terbaru K-LINK. Latihan tersebut telah dikendalikan oleh Penasihat Perniagaan K-LINK Encik Shapiarudin. Kira-kira seramai 30 pengedar hadir untuk latihan tersebut.


Ceramah Produk di Nigeria

baru-baru ini telah mengadakan beberapa ceramah produk berkenaan Kinotakara, K-Liquid Chlorophyll, K-FuelSaver, Organik K-Biogreen dan banyak lagi di Port HarCourt, River State, Nigeria dari 22hb – 29hb April 2007. Selain itu, Encik Bala Penasihat Perniagaan K-LINK, telah mengadakan satu lawatan ke pejabat Stokis Utama K-LINK International di Nigeria. Ianya merupakan lawatannya yang kedua ke negara tersebut. Sementara, pada 22hb – 23hb April 2007, satu bengkel pemimpin telah dikendalikan oleh penceramah En Bala, En Peter Offu, En Basil Udeh dan En Chike Uduchukwu kepada semua peserta. Matlamat ceramah berkenaan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang produk K-LINK di negara tersebut. Seramai 110 peserta hadir untuk ceramah tersebut.


Percutian Insentif Indonesia

Baru baru ini, K-LINK Indonesia telah menganjurkan dua percutian insentif bagi pemimpin dan para pengedarnya. Percutian yang pertama iaitu pada 29hb Mei – 7hb Jun 2007 ialah melawat ke Dubai, Greece, Turki dan Mesir sementara percutian yang kedua pada 19hb – 24hb Jun 2007 ialah melawat ke Brisbane and Gold Coast, Australia.

Mereka yang telah layak untuk percutian insentif tersebut telah melawat banyak tempat menarik seperti Burj Al Arab di Dubai and Piramid di Mesir. Sementara itu, mereka yang melawat ke Australia pula dapat menikmati keindahan alam semulajadi Gold Coast di Australia.

Keseluruhannya, mereka amat menikmati lawatan dan kecantikan pemandangan persekitaran kawasan yang mereka lawati. Mereka turut membeli-belah di kota mewah tersebut dan membawa pulang pelbagai jenis cenderahati sebagai kenangan sempena percutian mereka.


Majlis Pengiktirafan Indonesia

Baru-baru ini pada 26hb Ogos 2007, K-LINK Indonesia telah melangsungkan satu Majlis Pengiktirafan di Jakarta untuk memberi pengiktirafan kepada para pengedar yang telah berjaya mencapai pangkat Manager sehingga pangkat Senior Crown Ambassador. Seramai 300 Manager, 325 Sapphire Manager, 90 Ruby Manager, 40 Emerald Manager, 25 Diamond Manager, 5 Crown Manager dan 1 Senior Crown Ambassador masing-masing telah diberikan penganugerahan. Lebih 8,500 pengedar telah menghadiri majlis tersebut yang telah dikendalikan oleh CA A. Firman Santoso.

Selain itu, pada 10hb Ogos 2007, K-LINK Indonesia telah mengadakan satu Malam Pengiktirafan di Makasar, Indonesia. Seramai 3,500 pengedar K-LINK Indonesia telah hadir untuk majlis tersebut yang berlangsung di Kota Makasar dan dikendalikan oleh CA Setyo Dharmo. Antara tetamu istimewa yang dijemput termasuk Gabernor Sulawesi Selatan.


Malam Pengiktirafan Sitiawan,Sabah, Ipoh

-Link International baru-baru ini telah mengadakan beberapa Malam Pengiktirafan di beberapa negeri bagi memberikan penganugerahan kepada pengedar yang berjaya mencapai kejayaan dari pangkat Manager ke Emerald Manager dan Diamond Manager masing-masing. Malam pengiktirafan yang pertama telah diadakan di Sitiawan di Hotel Promenade, Perak pada 9hb Jun 2007. Kemudian satu lagi malam pengiktirafan telah diadakan di Kota Kinabalu di Hotel Promenade, Sabah pada 4hb Ogos 2007. Malam pengiktirafan yang terakhir telah berlangsung di Ipoh di Hotel Heritage, perak pada 18hb Ogos 2007. Seperti biasa, sijil dan pin disampaikan kepada semua pengedar sebagai tanda penghargaan dan kejayaan.


Pertandingan Ratu Cantik Miss Malaysia Chinese Cosmo 2007 “Bidadari Cinta Kejelitaan”

Pertandingan ratu cantik Miss Malaysia Chinese Cosmo peringkat akhir telah berlangsung di Hotel Imperial, Miri pada 4hb Ogos 2007. Bertemakan “ Bidadari, Cinta, Kejelitaan”, majlis tersebut membawa mesej kesedaran terhadap semangat kemanusian, dan turut menampilkan kecantikan bagi memberikan perhatian kepada bidang aktiviti amal.

Majlis malam amat memeriahkan dengan kehadiran para undangan iaitu Tan Sri Datuk Amar Dr. George Chan Hong Nam, YB Dato Sri Wong Soon Koh, Y.B. Datuk Peter Chin Fah Kui, Dato Wee Han Wen, Bekas Ratu Cantik 2006 Chris Tong, Pengarah K-LINK International Dr. Darren Goh dan model terkenal Amber Chia.

kecerdasan minda memperagakan diri sambil memperkenalkan diri. Tambahan pula dengan kejelitaan dan penampilan yang stabil, mereka turut diuji bakat dan mempersembahkan catwalk, ini menjadikan suasana majlis makin hangat.

Sebagai penaja diamond, Pengarah K-LINK Dr. Darren Goh telah memilih salah seorang ratu cantik daripada 16 orang sebagai Ratu K-LINK. Ratu K-LINK telah dimenangi oleh Winnie Chan.

Takhta Ratu Cantik Miss Malaysia Chinese Cosmo 2007 telah dimenangi oleh Huang Mei Si, manakala tempat kedua menangi oleh Lee Chui Ting dan tempat ketiga oleh Winnie Chan, yang juga merupakan Ratu K-LINK.


ULANG TAHUN-KE-6 K-LINK International – Malam Penganugerahan

Baru-baru ini pada 7/7/07 , K-LINK International Sdn Bhd telah menyambut sambutan ulang tahunnya yang ke-6 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur . Lebih 3,000 pengedar K-LINK dari Poland, Greece, Nepal, India, Kemboja, Vietnam, Arab Saudi, Indonesia, New Zealand, Amerika Syarikat, Nigeria, Kenya, Austria, Jerman, Singapura, Filipina, China and Thailand termasuk Malaysia telah dialu-alukan.

Para pengedar yang berjaya mencapai pangkat Crown Manager sehingga Royal Crown Manager telah diberikan pengiktirafan diatas pentas oleh para pengarah K-LINK – Pengarah Urusan Kumpulan Dr Darren Goh, Pengarah Eksekutif Kumpulan En Lawrence Yap , Pengarah Kewangan Kumpulan En K.K. Khor dan Pengarah Am Kumpulan Dr Md. Radzi Saleh.

Kemuncak sambutan tersebut merupakan Cabutan Bertuah BMW yang mana sebuah kereta BMW siri 520i akan diberikan kepada satu pemenang bertuah. Pemenang bertuah tersebut ialah CA Muhammad bin Jaafar . Disamping itu, selain sesi perkongsian oleh pemimpin yang berjaya, acara lain seperti tarian dan persembahan pentas turut diadakan.


Makan Malam tema "Culture and Colors" K-LINK

Sebagai sambungan kepada sambutan Malam Penganugerahan dan Konvensyen Nasional yang telah diadakan pada hari sebelumnya pada 7/07/07 , satu Makan Malam bertemakan warna dan budaya telah berlangsung pada 8/7/2007 di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur .

Selepas persembahan pembukaan, kegembiraan untuk malam tersebut pun bermula. Disebabkan kod pakaian pada malam tersebut merupakan batik dan pakaian tradisi, ramai telah hadir dengan pakaian warna-warni untuk malam tersebut. Selain dihidangkan makan malam ala buffet dan ucapan oleh Pengarah Am Kumpulan Dr Md. Radzi Saleh, hadirin dan pengunjung telah dipersembahkan dengan pelbagai jenis hiburan seperti pertunjukan pentas seperti komedi oleh “Kong Brothers”, permainan, acara tarian serta pakaian paling cantik telah diadakan oleh kedua-dua kategori lelaki dan perempuan. Selepas itu, satu sesi parti kemudiannya telah diadakan sebelum ianya tamat. Pendek kata, makan malam tersebut telah membawa kepada satu pengakhiran yang hebat kepada sambutan ulang tahun ke-6 K-LINK International.


Konvensyen Nasional K-LINK International

Pada pagi 7/7/07 , satu Konvensyen Nasional telah berlangsung di Palace of the Golden Horses sempena sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-6 K-LINK International. Antara sebahagian aktiviti yang telah berlangsung termasuk ucapan daripada para pengarah K-LINK – Pengarah Urusan Kumpulan Dr Darren Goh, Pengarah Eksekutif Kumpulan En Lawrence Yap dan Pengarah Am Kumpulan Dr Md. Radzi Saleh. Selain itu juga telah berlangsungnya ceramah produk seperti K-Ayurveda oleh Dr Roopam Bhatt, K-FuelSaver oleh En Garran McPhee dan Penapisan Air Seven Star Water oleh En Anthony Pui bagi memberikan pengetahuan dan tunjuk-ajar kepada para hadirin.

Selain itu, semasa berlangsungnya Konvensyen, sesi perkongsian juga telah diadakan oleh para pemimpin K-LINK dari dalam dan luar negara seperti SCA Calvin dari Indonesia, SCA Christopher Lai dan CA Peter Lau dari Malaysia, DM Sylvia Wohlegemuth dari Austria, CA Mullath Syam Prakash dari India, CA Xu Nai Xiang dari China, DM Krystyna Slowinska dari Poland, CA Bhim Prasad Ghale dari Nepal dan DM Enrique Salado Schneider dari Jerman. Konvensyen berakhir dengan pemberian cenderahati dan sesi foto berkumpulan.


Upacara Ulang Tahun ke-5 K-LINK Indonesia

Pada 21 hb April 2007 yang lepas, K-LINK Indonesia telah mengadakan upacara Ulang Tahunan yang ke-5 sebagai penghargaan kepada prestasi dan tahap kejayaan para pengedar mereka. Bukan itu sahaja, acara tersebut telah pada kali pertamanya diadakan di luar kota Jakarta – iaitu di Jogjakarta .

Upacara yang gilang-gemilang itu telah dihadiri oleh lebih 9,000 pengedar K-LINK seluruh Indonesia . Sebanyak 110 Diamond Manager, 60 Crown Manager, 8 Crown Ambassador, 4 Senior Crown Ambassador dan 2 Royal Crown Ambassador telah diberikan pengiktirafan masing-masing sempena upacara tersebut.

Sambutan Ulang Tahun tersebut berlanjutan sehingga 22hb April 2007 dengan acara Konvensyen Nasional. Majlis makan malam bertema ala “Beatles Nite” membawa kepada pengakhiran majlis ulang tahun yang hebat.


Pelancaran Pejabat Baru K-LINK Indonesia

Baru-baru ini pada 18 hb April 2007, K-LINK Indonesia telah melancarkan pejabatnya yang baru di Jalan Professor Dr Saharjo 161, selatan Jakarta . Upacara tersebut telah dihadiri oleh banyak hadirin dan tetamu ternama seperti Menteri Kerja dan Transmigrasi Indonesia Erman Suparno, Timbalan Wakil Duta Besar Malaysia Abd Aziz Harun, Menteri Penasihat Duta Besar Besar Malaysia Adenan Abdul Rahman, para Pengarah K-LINK International, pemimpin serta para pengedar K-LINK Indonesia. Acara tersebut telah dihadiri oleh lebih 700 orang dan keseluruhannya ia mendapat sambutan yang menggalakkan.


Percutian Insentif K-Link ke New Zealand 2007

Pengedar dan pemimpin K-LINK International yang berkelayakan telah dibawa melawat ke New Zealand selama 9 hari 7 malam pada 15~23hb Mei 2007. Rombongan ini turut diiringi oleh Pengerusi Kumpulan Tuan Haji Abdul Karaf Shafie dan Pengarah Urusan Kumpulan K-LINK Dr. Darren Goh.

Sepanjang lawatan ini, mereka melawat ke Bandar Auckland, Christchurch , Oamaru, Dunedin , Queenstown dan Rotorua. Di samping itu, mereka juga mengunjungi beberapa tempat yang menarik seperti muzium Canterbury dan bukit Cashmere di Christchurch, meninjau permandangan di Pukaki, melihat burung penguin di Oamaru Blue, Moeraki Boulders, Larnach Castle di Dunedin, Arrowtown, Waitomo Glow Worm Caves, Te Puin Thermal Reserve dan juga Taman Semulajadi Rainbow Springs.

Keseluruhannya, mereka amat menghayati permandangan yang menarik di New Zealand . Pada masa yang sama mereka juga mengambil kesempatan untuk membeli-belah sambil membeli cenderamata untuk dibawa balik sebagai peringatan.

Bravo! Malam Penganugerahan Kebangsaan dan Karnival K-LINK International 2006

Acara hebat, pencapaian bermakna!

Ianya merupakan malam yang gilang-gemilang penuh warna-warni diikuti oleh tarian, persembahan dan acara yang menarik. Selepas persediaan dan bekerja keras selama satu tahun, masanya telah tiba untuk memberikan penganugerahan kepada mereka yang berjaya pada 10 Disember 2006 dimana K-LINK International telah mengadakan Malam Penganugerahan Kebangsaan dan Karnival di Hotel Flamingo, Kuala Lumpur.

Mereka yang berjaya meraih anugerah pada malam itu terdiri daripada mereka yang berpangkat Diamond Manager dan keatas. Disamping itu, ahli-ahli K-LINK International dan tetamu dari seluruh Malaysia termasuk dari Singapura turut hadir pada acara malam itu.

Jualan Karnival yang turut diadakan pada hari yang sama berjaya menarik kunjungan ramai termasuk kanak-kanak. Ini kerana banyak aktiviti telah berlangsung pada masa itu seperti diskaun barangan, promosi 15-minit, pameran, pertunjukkan badut, pertandingan jualan dan sebagainya. Keseluruhannya, ianya merupakan satu program yang menggembirakan dan meriah selaras dengan falsafah K-LINK. Bukan itu sahaja, Syarikat juga amat gembira dengan pencapaian jualan Karnival pada hari tersebut kerana berjaya mencapai jualan sebanyak RM1 juta.

Acara utama malam tersebut sudah tentunya upacara pemberian anugerah. Anugerah Stokis Mobil Terbaik telah dimenangi oleh Encik Chai Ah Lin dari Ipoh manakala anugerah Stokis Mobil Terbaik telah dimenangi oleh stokis UE3 dari Kuala Lumpur .


Latihan "Team Building" K-Link International

K-Link International baru-baru ini telah mengadakan latihan “ Team Building ” untuk para usahawannya pada 25hb-26hb November 2006 di Riveira Bay Resort, Melaka. Sebanyak 150 peserta menyertai latihan 2 hari 1 malam itu.

Antara aktiviti yang diadakan termasuk ucapan dari pemimpin utama K-Link International dan jurucakap profesional Encik Alan Eiew, aktiviti dalaman dan luaran, K-FuelSaver Q&A, seminar motivasi, perkongsian diantara peserta dan banyak lagi. Kesemua peserta memperoleh banyak pengetahuan semasa dalam latihan tersebut.

Pada malam terakhir latihan tersebut, satu Makan Malam ala K-FuelSaver telah diadakan untuk semua peserta. Ianya merupakan sebuah acara yang menarik penuh warna-warni dimana kesemua peserta dikehendaki memakai pakaian lumba kereta. Kesemua mereka kelihatan hebat dengan pakaian F-1 mereka terutamanya peserta yang menjadi model F-1 pada malam itu.

Pasukan BMW merupakan pemenang keseluruhan acara 2 hari tersebut dan satu hadiah istimewa telah disampaikan pada mereka. Disamping itu, tiga peserta dengan pakaian paling menarik malam itu juga telah diberikan pingat sebagai penghargaan untuk usaha mereka. Keseluruhannya latihan tersebut membuktikan bahawa ahli-ahli K-Link International berupaya untuk bersuka-ria dan menjalankan perniagaan pada masa yang sama.


Sidang Media K-Fuel Saver

Tarikh 3hb Oktober 2006 merupakan hari yang bermakna kerana K-Link International telah mengadakan Sidang Media sempena majlis tandatangan sebagai Pengedar Tunggal Sedunia K-Fuel Saver. Ia sememangnya merupakan acara yang bermakna kerana secara rasminya meletakkan nama K-Fuel Saver dibawah K-Link International. Acara gilang-gemilang itu telah berlangsung di Mines & Spa Resort, Kuala Lumpur .

Para hadirin yang hadir termasuk Pengarah Urusan Kumpulan Encik Darren Goh, Pengarah Eksekutif Kumpulan Encik Lawrence Yap, Pengarah Kewangan Syarikat Encik K.K Khor, Encik Radzi Saleh dari PT. K-Link Indonesia, Presiden Chemplex Automotive Group Inc, Encik James Greb, Encik Garran McPhee dan Encik Ian Robertson dari Chemplex Automotive Sdn Bhd serta tetamu media.


page 1 - 2