K-Link International K-Link International K-Link International
 
Bahasa :
 
     
 
 
   
   

Produk - Makanan Kesihatan - K-Bamboo Salt

K-Bamboo Salt dibuat dengan memasukkan garam laut semulajadi ke dalam batang buluh dan ditutup dengan tanah kuning dan dibakar sebanyak 9 kali dengan menggunakan kayu pain dan resin pain dalam suhu sehingga 1500ºC dan ke atas. Proses ini akan menanggalkan dan menyingkirkan logam berat dan kandungan yang memudaratkan kesihatan badan, seterusnya menyerap mineral dari buluh, kayu pain, resin pain dan tanah kuning. Garam buluh telah terbukti mengandungi pelbagai jenis mineral dan elemen mikro yang membantu dalam proses penyembuhan.

Korea telah mula menggunakan garam buluh sejak 1300 tahun yang lalu dan menggunakannya untuk melawan pelbagai jenis penyakit. Pada 1988, rahsia pembikinan garam buluh telah dipasarkan secara komersil dan sejak dari itu, negara Korea, Jepun, Amerika Syarikat dan negara-negara lain telah menggunakan garam buluh secara meluas.

Kandungan & proses :

  • Garam laut – Garam laut semulajadi dari batu di pantai barat semenanjung Korea yang mengandungi kandungan mineral yang tinggi.
  • Buluh – Batang buluh yang berusia lebih daripada 3 tahun yang terdapat di selatan pergunungan Korea yang digunakan untuk mengisi garam laut.
  • Tanah kuning – Tanah kuning yang diperoleh di bawah tanah sedalam 20 meter yang digunakan untuk menutup batang buluh.
  • Kayu pain – Kayu pain yang digunakan sebagai kayu api untuk membakar garam buluh.
  • Resin pain – Resin pain yang ditambah semasa proses pembakaran untuk meningkatkan suhu sehingga 1500ºC secara berulang kali sebanyak 9 kali.
  • Akhirnya, garam buluh dihasilkan.

Faedah-faedah K-Bamboo Salt

  • Untuk menyahtoksin dan membunuh bakteria
  • Untuk mengawal tahap pH badan
  • Anti-oksidan dan bersifat merawat
  • Untuk membekalkan nutrien kepada badan

Perbezaan antara Garam K-Bamboo Salt dan Garam Biasa

  K-Bamboo Salt Garam Biasa
Proses Dibakar secara berulang kali sebanyak 9 kali di bawah suhu 1500ºC

Dikukus di bawah suhu 140ºC

Kandungan nutrien Natrium, 93% air, mengandungi elemen mikro Natrium, 98.8% air, tidak mengandungi mineral dan elemen mikro
Kimia pH 11 – 12 (alkali) pH 6 – 8.7 (asid lemah)
Rasa Manis, masam, tidak berasa dahaga selepas makan/minum Pahit, masin, berasa dahaga selepas makan/minum
Sumber asal Sumber semulajadi Sumber kimia

 

K-BambooSalt 3 Burn
- Digunakan sebagai bahan makanan

K-BambooSalt 9 Burn
- Digunakan sebagai makanan kesihatan
- Dicadangkan untuk diminum bersama 250 ml air sejuk atau jus buah-buahan