| |
|
![]() |
Produk - Produk Penjagaan Rumah - K-ProClean Sembur & Lap Pencuci Pelbagai Guna

K-ProClean merupakan bahan pencuci buatan Amerika Syarikat yang mesra alam. K-ProClean bersifat terbiodegradasikan, mudah terurai serta tidak membahayakan alam persekitaran. Pencuci yang dirumuskan khas dengan bahan terbiodegradasikan tidak mengakibatkan pencemaran alam.
Kebaikan K-ProClean :
- Selamat digunakan untuk membersih pelbagai keperluan rumah, barangan akan meninggalkan kesan yang bersih bersinar serta haruman segar selepas mencuci
- Bebas toksin, bahan pengakis dan bahan mudah bakar.
- Bahan terbiodegradasikan yang mudah terurai dan tidak sensitif kepada kulit.
- Membersihkan pelbagai jenis kotoran degil dengan berkesan.
- Tidak mengandungi bahan mudah kakis dan ramuan iritasi.
Kegunaan biasa :
Sembur pada permukaan yang kotor dan lap dengan kain kering. Tidak perlu membilas.
Kegunaan pada kotoran degil:
Sembur pada permukaan yang kotor dan biarkan selama 10 minit supaya ia meresap dan mengurai. Kemudian, bilas dengan air dan lap dengan kain kering.
Sesuai digunakan pada :
Karpet, barang kulit, perabot kayu, bilik mandi, bilik dapur, jubin, kotoran minyak, jam tangan, rantai tangan logam, barangan kemas, barangan logam dan lain-lain.
|
|