Kata-Kata Aluan Lembaga Pengarah – K-Link

BOD photo

KATA-KATA ALUAN LEMBAGA PENGARAH

Prinsip dan falsafah K-LINK International adalah untuk meneruskan kesinambungan pendidikan yang berdasarkan kasih-sayang dan kemanusiaan dari abad yang lalu. Kemanusiaan dan teknologi maju dari dua abad tersebut akan disatukan bagi menghasilkan sesuatu yang hebat, di mana para pengedar kami dapat membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan di dalam abad ke-21 ini. Ini dapat membantu dalam mewujudkan sebuah perusahaan antarabangsa yang kukuh disamping mengembangkan perniagaan kami ke seluruh dunia.

Keazaman kami untuk mewujudkan sebuah perusahaan global adalah amat jelas sekali. Kami memberi galakan dan sokongan penuh kepada para usahawan untuk merentasi sempadan bagi mengembangkan perniagaan K-LINK International ke dalam pasaran antarabangsa. Dengan memberikan kesedaran tentang kesihatan dan kecantikan, kami juga berharap K-LINK International memainkan peranan penting dalam perniagaan industri jualan langsung secara global, selaras dengan wawasan kami untuk menjadi sebuah syarikat jualan langsung yang bertaraf antarabangsa. Dengan itu, kita perlu menanamkan semangat bermurah hati, keberanian, ketekunan dan perancangan yang baik sekiranya ingin berjaya.

Sebagai sebuah syarikat jualan langsung yang agresif, berwawasan dan berstrategi, K-LINK International akan dilengkapi dengan konsep pihak pengurusan yang profesional. Pihak pengurusan dan para usahawan K-LINK International akan berganding bahu bagi mencapai budaya 3 ‘I’ iaitu Inisiatif, Informatif dan Inovatif, selaras dengan 5 fahaman kita iaitu misi, wawasan, pengiktirafan, penghargaan dan keanggotaan bagi membina keluarga K-LINK International dari seluruh pelusuk dunia.

Salah satu sumber utama bagi membolehkan wawasan K-LINK International menjadi kenyataan ialah dengan mewujudkan rangkaian produk-produk kesihatan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan dan mampu memberikan kesan. Dengan menyebarkan konsep kesihatan dan kecantikan kami ke serata dunia, kami berharap lebih ramai orang akan menyertai K-LINK International secara global, seterusnya membantu orang ramai mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Falsafah K-LINK International juga akan diselaraskan mengikut budaya, bangsa, adat, agama, usia dan latar belakang pendidikan yang berbeza. Kami akan membangunkan budaya sayang-menyayangi di antara para usahawan, kakitangan dan pihak pengurusan dengan menanamkan sifat amanah, berkeyakinan dan kerjasama. Di K-LINK International, kami menyediakan situasi “Menang-menang” bagi menggalakkan para usahawan kami menjadi pemimpin yang cemerlang di arena antarabangsa. K-LINK International telah membuktikan bahawa ia mampu meningkatkan gaya hidup orang ramai.

Isu Terkini