Moto Inspirasi Tahun – K-Link

BOD photo
Moto inspirasi K-Link tahun 2020 adalah “Gaya Hidup Berwawasan“. Moto ini memberikan inspirasi kepada individu melalui pengetahuan yang akan mengubah cara hidup mereka. Moto melambangkan gaya hidup berwawasan adalah dengan perkembangan bermatlamat, keperluan untuk berubah, dan meningkatkan kehidupan secara semulajadi. Logo ini menggunakan dua warna iaitu emas dan hijau. Warna emas adalah warna kemenangan dan tahun keemasan bagi K-LINK yang menandakan 20 tahun beroperasi pada tahun 2020. Hijau adalah warna alam semula jadi melambangkan perkembangan yang kekal dan inisiatif K-LINK International untuk menjadi mesra alam. “O2O” membentuk kaca mata yang merupakan visi syarikat untuk tahun 2020. “O2O” bermakna perdagangan Online ke Offline yang menggalakkan pengedar K-LINK International untuk menggunakan platform dalam talian untuk mendapatkan prospek berpotensi dan membina hubungan secara bersemuka. Moto baru ini adalah elemen penting untuk memberikan kejayaan yang berterusan sepanjang tahun.