Terma & Syarat – K-Link

BOD photo

Terma & Syarat

1. Kelayakan Penyertaan

Dana Ehsan Keluarga K-LINK International (KFCF) ini adalah terbuka untuk semua pengedar K-LINK International di Malaysia dan Singapura dan peserta dana yang layak sahaja.

2. Jumlah sumbangan

Setiap peserta dana menyumbangkan RM1.00 untuk setiap peserta dana yang meninggal dunia menerusi potongan bonus bulanan. Jumlah sumbangan yang dikutip kemudiannya akan disumbangkan kepada pewaris si mati. Sekiranya 2 peserta dana meninggal dunia dalam mana-mana satu bulan, maka RM2.00 akan dipotong daripada peserta dana pada bulan tersebut.

Jumlah maksima sebanyak RM3.00 akan dipotong setiap bulan bagi tiga bulan pertama penyertaan daripada setiap peserta dana sekiranya terdapat lebih daripada 3 peserta dana meninggal dunia. Manakala pada bulan keempat, jumlah maksima sebanyak RM6.00 akan dipotong daripada setiap peserta dana sekiranya enam atau lebih peserta dana meninggal dunia.

Sumbangan daripada setiap peserta dana dalam mana-mana satu bulan adalah terhad kepada RM6.00 tanpa mengira jumlah peserta dana yang meninggal dunia.

Peruntukan sumbangan bergantung kepada bilangan peserta dana dalam keseluruhan dana dengan sumbangan minimum terjamin sebanyak RM5,000 untuk setiap peserta dana yang meninggal dunia tanpa mengira bilangan peserta dana.

Contoh:

Jika terdapat 10,000 peserta dana – Jumlah sumbangan kepada peserta yang meninggal dunia adalah sebanyak RM10,000.
Jika terdapat 3,000 peserta dana – Jumlah sumbangan kepada peserta yang meninggal dunia adalah sebanyak RM5,000.

3. Pengagihan Dana Ehsan

Sekiranya 3 atau kurang daripada 3 peserta dana meninggal dalam sesuatu bulan, pewaris yang dinamakan akan mendapat RM1 yang dikutip daripada setiap peserta dana. Sekiranya lebih daripada 3 peserta dana meninggal dunia dalam sesuatu bulan, jumlah dana yang dikutip akan dibahagikan sama rata diantara semua pewaris yang dinamakan.

Contoh:

(10 peserta dana meninggal dunia)
Mula sertai KFCF > 3 bulan 7,000 orang x RM6 = RM 42,000
Mula sertai KFCF < 3 bulan 3,000 orang x RM3 = RM 9,000
JUMLAH = RM51,000
RM51,000 / 10 = RM 5,100

4. Pewaris

4.1 Setiap peserta dana boleh menamakan sekurang-kurangnya seorang pewaris. Nama pewaris yang dinamakan mestilah mengikut nama sebenar didalam kad pengenalan.

4.2 Pewaris yang sama boleh dinamakan bagi lebih dari 1 orang peserta dana pada masa yang sama.

4.3 Dalam kes penukaran pewaris, satu notis bertulis yang ditandatangani oleh peserta dana dan ditandatangani oleh saksi perlu diserahkan (tandatangan di dalam notis mestilah sama dengan andatangan di dalam borang penyertaan dana yang diserahkan berserta dengan salinan kad pengenalan peserta dana). Jika peserta dan pewaris meninggal dunia pada masa yang sama, maka pemegang amanah yang dinyatakan pada Surat Pentadbiran (“Letter of Administration”) atau penjaga akan menerima sumbangan dana tersebut.

5. Syarat-syarat & peraturan kelayakan dana

Pelan Pilihan 1

– Dengan merujuk kepada bulan bonus penyertaan, seseorang ahli KFCF perlu sekurang- kurangnya mempunyai jualan peribadi bulanan sebanyak 100 BV bagi 6 bulan berturut-turut, dimana peserta atau pewaris hanya layak menerima dana KFCF pada bulan ke-7. Ini bermakna pewaris hanya layak menerima dana KFCF sekiranya peserta tersebut meninggal dunia pada bulan ke-7 dan ke atas.

– Manakala untuk menjadi seorang peserta dana yang layak (yang mempunyai hak untuk menuntut KFCF), adalah perlu bagi mereka mengekalkan jualan peribadi bulanan sebanyak 100BV dari bulan ke-7 dan seterusnya. Sekiranya seseorang peserta dana berhenti mengekalkan jualan peribadi bulanan 100BV dalam mana-mana satu bulan, maka mereka tidak lagi merupakan seorang peserta dana yang layak. Dan sekiranya seseorang peserta dana yang tidak layak itu ingin menjadi seorang peserta dana yang layak kembali, maka mereka perlu memperolehi “lesen” dengan mengekalkan jualan peribadi bulanan untuk sekurang-kurangnya 100BV selama enam (6) bulan berturut-turut.

– Tiada pembayaran akan dilakukan sekiranya peserta meninggal dunia dalam tempoh bonus penyertaan dimana mereka mengekalkan jualan peribadi bulanan untuk sekurang-kurangnya 100BV selama enam (6) bulan berturut-turut.

– Sebarang jualan bulanan yang tidak berterusan akan menyebabkan kelayakan dikira semula.

Pelan Pilihan 2

– Apabila anda mendaftar sebagai ahli baru KFCF, anda kini mempunyai pilihan untuk membuat pembelian 600BV. Pembelian 600BV tersebut (berkuatkuasa pada bulan pembelian) akan dibahagikan kepada enam (6) bulan seperti berikut :

(a) Bulan ke-2 sehingga bulan ke-6 sebanyak 100BV setiap bulan

(b) (b) Bulan pertama adalah sebanyak 600BV atau lebih ditolak 500BV (bulan ke-2 hingga bulan ke-6)

Contohnya, anda membuat pembelian sebanyak 650BV di bawah Pelan Pilihan 2 :

(a) Bulan ke-2 sehingga bulan ke-6 akan diasingkan sebanyak 100BV setiap bulan

(b) Bulan pertama akan diasingkan sebanyak 150BV (650BV – 500BV)

Anda akan berkelayakan bagi dana KFCF pada bulan ke-4 :

– Apabila anda memilih Pelan Pilihan 2, anda perlu mendapatkan Resit Istimewa KFCF [Borang KFCF Pembayaran 6 Bulan (borang pra-bayar)]. Sekiranya anda menggunakan resit pembelian yang biasa, semua pembayaran akan diproses pada bulan pembayaran, iaitu sekiranya anda tidak memilih Pelan Pilihan 2, maka anda tidak akan layak bagi KFCF pada bulan ke-4.

– Sekiranya anda menyertai KFCF pada bulan pertama dengan 100BV, tetapi memilih untuk membayar 600BV pada bulan ke-2, anda cuma akan layak bagi KFCF pada bulan ke-7 dan bukan pada bulan ke-4.

6. Tuntutan Dana

– Apabila kematian berlaku, notis bertulis mestilah diserahkan kepada pihak Syarikat dalam masa SATU MINGGU. Semua dokumen yang telah disahkan mesti dikemukakan dalam masa 15 hari daripada tarikh berlakunya kematian.

– Pewaris juga perlu mengemukakan dokumen untuk membuktikan hubungan mereka dengan si mati kepada Syarikat sebelum pewaris dapat menuntut dana yang ada.

– Dana KFCF ini hanya dikeluarkan kepada pewaris selepas menerima salinan sijil kematian yang disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia serta diluluskan oleh Pihak Jawatankuasa Dana KFCF.

7. Upacara Penyerahan Cek

Ahli keluarga atau waris perlu menghadiri satu sesi fotografi yang ringkas dalam upacara penyerahan cek yang diaturkan oleh pihak Syarikat.

8. Hak-hak Syarikat

Pihak Syarikat berhak menukar sebarang syarat-syarat dan peraturan dalam dana tersebut tanpa sebarang notis terdahulu kepada semua peserta dana.