Mengapa Pilih K-LINK? – K-Link
1. Lembaga Pengarah dan Lembaga Pengurusan Yang Berpengalaman, Berwawasan dan Berkemampuan
Lembaga Pengarah K-LINK International amat berpengetahuan dan berpengalaman dalam industri jualan langsung.
2. Sebuah Syarikat Jualan Langsung Yang Sah
Dengan kelulusan global yang diiktiraf, produk K-LINK International adalah selamat untuk digunakan dan dimakan oleh pengguna.
3. Pelaksanaan Perniagaan E-Dagang
Sentiasa perihatin berkenaan maklumat dan teknologi terkini bagi operasi yang lancar.
4. Sistem Pengurusan Yang Terancang
Perniagaan dan para pengedar kami disokong oleh bahagian-bahagian syarikat yang mantap untuk memastikan operasi harian kami berjalan dengan lancar.

Di bawah Bahagian Operasi, kami ada:
Bahagian EDP
• menguruskan pengiraan bonus untuk memastikan pemberian pendapatan yang tepat
Bahagian Pengedaran
• berurusan dengan stokis kami dari segi penyerahan jualan dan operasi perniagaan
Bahagian Stor & Bahagian Logistik
• menguruskan inventori, penyimpanan dan penghantaran stok untuk memenuhi keperluan pelanggan kami dengan memastikan adanya stok yang mencukupi serta berada dalam keadaan yang baik

Selepas itu, kami ada:
Bahagian Akaun
• menguruskan pemberian bonus supaya pengedar-pengedar kami boleh menerima pendapatan mereka tepat pada masanya, serta menguruskan kewangan syarikat
Bahagian MIS
• menguruskan “sistem backend rangkaian” serta pembangunan IT seperti e-dagang dan aplikasi mudah alih yang menyediakan platform digital yang lebih baik dan canggih untuk para pengedar dan pelanggan

Pemasaran juga merupakan asas yang penting untuk membantu dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti pemasaran dan jualan pengedar-pengedar kami demi membantu menjanakan pendapatan kepada para pengedar. Pemasaran melitupi lingkungan yang luas. Oleh itu, Bahagian Pemasaran terus dibahagi kepada beberapa bahagian supaya dapat memberikan sokongan khusus dan spesifik kepada para pengedar dan pelanggan kami:

Bahagian Pemasaran Melayu, Bahagian Pemasaran Cina dan Bahagian Pemasaran India
• berhubung dan bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin kami dalam merancang dan mengaturkan aktiviti-aktiviti untuk kumpulan etnik masing-masing
Bahagian Produk & Bahagian Kecantikan
• mengkhusus dalam memberikan persembahan produk, perundingan produk dan latihan produk
Bahagian Pengiklanan & Promosi
• bertanggungjawab dalam aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengiklanan dan promosi
Bahagian Function & Event
• mengadakan, mengurus dan membantu dalam upacara dan acara syarikat

5. Menyediakan Produk Berevolusi dan Bermutu Adalah Komitmen Kami
Semua produk kami dirumus dengan teknologi canggih dan bahan semula jadi agar pengguna dapat menikmati produk kesihatan yang berkualiti tinggi serta berkesan dengan harga berpatutan.
6. Pelan Pemasaran Yang Mewah dan Global
Menawarkan pelan yang mudah lagi berkesan untuk semua.
7. Kuasa Duplikasi / Menyediakan Latihan dan Aktiviti Profesional
Menyediakan pendidikan dan latihan langkah demi langkah oleh pelatih profesional
Modul latihan yang teratur

  • Mudah dan senang untuk dipelajari dan difahami, mudah untuk dilaksanakan dan mudah untuk diajar.
  • Konsep Jualan Langsung ialah DUPLIKASI

    8. PENGURUSAN ATASAN DAN PENGEDAR K-LINK INTERNATIONAL SENTIASA BEKERJASAMA
      Badan Perancangan yang Strategik

    • Fungsi: Badan penasihat tertinggi sistem K-LINK International
    • Formasi: Dilantik oleh pengurusan atasan K-LINK International.
    • Tanggungjawab: Membantu syarikat dalam membangunkan kod operasi untuk pengedar dan hala tuju pembangunan.
      Jawatankuasa Ambassador

    • Fungsi: Bertindak sebagai pengedar yang berjawatan paling tinggi.
    • Formasi: Royal Crown Ambassador, Senior Crown dan Crown Ambassador yang dilantik oleh pihak pengurusan atasan K-LINK International.
    • Tanggungjawab:
      1. Untuk melaksanakan modul pendidikan latihan K-LINK International.
      2. Membantu dalam merancang dan mengatur semua jenis aktiviti.
      Jawatankuasa Crown Manager

    • Fungsi: Bertindak sebagai pemimpin utama dikalangan pengedar.
    • Formasi: Crown Managers yang dilantik oleh pihak pengurusan atasan K-LINK International.
    • Tanggungjawab: Untuk melaksanakan modul pendidikan latihan K-LINK International. (Kepimpinan menerusi teladan).
      Jawatankuasa Diamond Manager

    • Fungsi: Bertindak sebagai ahli jawatankuasa utama dikalangan pengedar.
    • Formasi: Diamond Managers yang dilantik oleh pihak pengurusan atasan K-LINK International.
    • Tanggungjawab: Membantu pengedar berjawatan rendah untuk memahiri modul sistem pendidikan K-LINK International.