TENTANG KAMI

K-LINK International bermula operasinya pada tahun 2000, ia merupakan sebuah syarikat jualan langsung yang menawarkan produk-produk penjagaan kesihatan, penjagaan kecantikan, penjagaan diri, penjagaan kereta, penjagaan rumah yang inovatif dan berkualiti kepada konsumer seluruh dunia. Sejak dari hari pertama lagi, Syarikat kami mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengguna. Syarikat ditubuhkan dengan ibu pejabat bertempat di Kuala Lumpur, K-LINK melihat Pasaran ASEAN sebagai batu loncatan untuk menembusi dan menakluki pasaran Asia Pasifik dan dunia yang merangkumi negara Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Filipina, India, Taiwan, Hong Kong, Vietnam, Australia dan lain-lain.

Sehingga kini, K-LINK telah berjaya berkembang ke pasaran lebih daripada 30 buah negara melalui penubuhan cawangan-cawangan, stokis mobil, stokis dan master stokis di luar negara. Dengan itu, lebih banyak peluang perniagaan dan sumber pendapatan dapat diwujudkan kepada rakan niaga kami. K-LINK akan terus membina jaringan global di negara-negara lain supaya menepati visi “Your Global Link”.

Kini, Syarikat mara ke arah Visi 2020 kami untuk menjadi salah satu daripada 20 Syarikat Terbaik dalam 100 Syarikat MLM Terbaik di dunia demi menguatkan dan membuktikan kebolehpercayaan K-LINK, serta meningkatkan kesedaran jenama K-LINK ke peringkat global.

PENGARAH

Pengarah Urusan

Puan Loo Aei Ween

''Jika tindakan anda memberikan inspirasi kepada orang lain untuk berimpian besar, tidak berhenti untuk belajar dan selalu melakukan sesuatu serta sentiasa beradab baik, anda adalah seseorang pemimpin. "
— John Quincy Adams

Puan Loo Aei Ween, Pengarah Urusan K-LINK, bersemangat untuk memupuk kesejahteraan hidup. Beliau memberikan lebih tumpuan untuk memperkasakan individu dalam menjalani kehidupan yang lebih sihat dan mencapai kejayaan dalam kewangan. Beliau memimpin organisasi dengan memberikan produk kesihatan yang berkualiti tinggi dan juga sentiasa memberikan sokongan yang penuh kepada pengedar dan pelanggan kami.

Sebagai pemimpin yang berwawasan, beliau memberikan inspirasi dan sokongan kepada setiap ahli untuk mencapai kecemerlangan melalui kerjasama, kreativiti dan pembelajaran berterusan.

Beliau percaya bahawa jualan langsung bukan sekadar menjual; ia juga adalah pintu kepada pemerkasaan dan kebebasan kewangan. K-LINK International menawarkan peluang unik kepada pengedar untuk perkongsian produk berkualiti dan membina hubungan yang bermakna dengan pelanggan. Ia memupuk hubungan dan memberi kesan positif dalam kehidupan dan gaya hidup setiap orang.

Mesej daripada Pengarah Urusan

Dengan visi dan keazaman bersama, tiada had pada apa yang kita boleh lakukan. Jika anda seseorang yang sentiasa berminat dalam kesihatan dan kesejahteran, K-LINK International memberikan anda peluang dan platform untuk menukarkan minat anda untuk menjadikan keuntungan.

  • Hubungi Kami
Wisma K-LINK
45, Jalan Kuchai Maju 2,
Off Jalan Kuchai Lama,
58200 Kuala Lumpur, Malaysia.

  • (603) 7948 2338
  • Ikuti Kami
  • Aplikasi Rasmi
  • Sertai Surat Berita