TENTANG KAMI

Moto Inspirasi Tahun

Pada tahun 2023 adalah waktu yang sesuai untuk memberikan impak kejayaan semaksimum mungkin  menerusi visi dan pendekatan baharu demi meningkatkan prestasi dan keupayaan perniagaan kita . K-LINK mengukuh keuntungan menerusi Pemasaran Rangkaian Digital (DNM) yang diyakini dapat membantu pelanggan dan pengedar untuk meneroka kekuatan baru dengan latihan dan pendidikan yang mengubah budaya dalaman  yang lebih besar sesuai dengan evolusi terkini. Tiba waktunya untuk kita melakukan perubahan dengan proses perubahan beransur-ansur menambahnilai prinsip dan strategi yang sedia ada. Ia adalah satu pendekatan baru, pastikan anda melakukannya. Kekal fokus untuk memastikan perniagaan yang menguntungkan sejajar dengan matlamat K-LINK International.

Syarikat Kami

K-LINK International bermula operasinya pada tahun 2000, ia merupakan sebuah syarikat jualan langsung yang menawarkan produk-produk penjagaan kesihatan, penjagaan kecantikan, penjagaan diri, penjagaan kereta, penjagaan rumah yang inovatif dan berkualiti kepada konsumer seluruh dunia. Sejak dari hari pertama lagi, Syarikat kami mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengguna. Syarikat ditubuhkan dengan ibu pejabat bertempat di Kuala Lumpur, K-LINK melihat Pasaran ASEAN sebagai batu loncatan untuk menembusi dan menakluki pasaran Asia Pasifik dan dunia yang merangkumi negara Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Filipina, India, Taiwan, Hong Kong, Vietnam, Australia dan lain-lain.

Sehingga kini, K-LINK telah berjaya berkembang ke pasaran lebih daripada 30 buah negara melalui penubuhan cawangan-cawangan, stokis mobil, stokis dan master stokis di luar negara. Dengan itu, lebih banyak peluang perniagaan dan sumber pendapatan dapat diwujudkan kepada rakan niaga kami. K-LINK akan terus membina jaringan global di negara-negara lain supaya menepati visi “Your Global Link”.

Kini, Syarikat mara ke arah Visi 2020 kami untuk menjadi salah satu daripada 20 Syarikat Terbaik dalam 100 Syarikat MLM Terbaik di dunia demi menguatkan dan membuktikan kebolehpercayaan K-LINK, serta meningkatkan kesedaran jenama K-LINK ke peringkat global.

Pengarah Urusan Kumpulan

Dato' Dr, Hj, MD. Radzi Bin Saleh

Pengarah Urusan Kumpulan

Dato' Dr, Hj, MD. Radzi Bin Saleh

Pengarah Kewangan Kumpulan

DATO’ K.K. KHOR​

Pengarah Kewangan Kumpulan

DATO’ K.K. KHOR​

Kata-Kata Aluan Lembaga Pengarah

Prinsip dan falsafah K-LINK International adalah untuk meneruskan kesinambungan pendidikan yang berdasarkan kasih-sayang dan kemanusiaan dari abad yang lalu. Kemanusiaan dan teknologi maju dari dua abad tersebut akan disatukan bagi menghasilkan sesuatu yang hebat, di mana para pengedar kami dapat membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan di dalam abad ke-21 ini. Ini dapat membantu dalam mewujudkan sebuah perusahaan antarabangsa yang kukuh disamping mengembangkan perniagaan kami ke seluruh dunia.

Keazaman kami untuk mewujudkan sebuah perusahaan global adalah amat jelas sekali. Kami memberi galakan dan sokongan penuh kepada para usahawan untuk merentasi sempadan bagi mengembangkan perniagaan K-LINK International ke dalam pasaran antarabangsa. Dengan memberikan kesedaran tentang kesihatan dan kecantikan, kami juga berharap K-LINK International memainkan peranan penting dalam perniagaan industri jualan langsung secara global, selaras dengan wawasan kami untuk menjadi sebuah syarikat jualan langsung yang bertaraf antarabangsa. Dengan itu, kita perlu menanamkan semangat bermurah hati, keberanian, ketekunan dan perancangan yang baik sekiranya ingin berjaya.

Sebagai sebuah syarikat jualan langsung yang agresif, berwawasan dan berstrategi, K-LINK International akan dilengkapi dengan konsep pihak pengurusan yang profesional. Pihak pengurusan dan para usahawan K-LINK International akan berganding bahu bagi mencapai budaya 3 ‘ I ’ iaitu Inisiatif, Informatif dan Inovatif, selaras dengan 5 fahaman kita iaitu misi, wawasan, pengiktirafan, penghargaan dan keanggotaan bagi membina keluarga K-LINK International dari seluruh pelusuk dunia.

Salah satu sumber utama bagi membolehkan wawasan K-LINK International menjadi kenyataan ialah dengan mewujudkan rangkaian produk-produk kesihatan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan dan mampu memberikan kesan. Dengan menyebarkan konsep kesihatan dan kecantikan kami ke serata dunia, kami berharap lebih ramai orang akan menyertai K-LINK International secara global, seterusnya membantu orang ramai mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Falsafah K-LINK International juga akan diselaraskan mengikut budaya, bangsa, adat, agama, usia dan latar belakang pendidikan yang berbeza. Kami akan membangunkan budaya sayang-menyayangi di antara para usahawan, kakitangan dan pihak pengurusan dengan menanamkan sifat amanah, berkeyakinan dan kerjasama. Di K-LINK International, kami menyediakan situasi “Menang-menang” bagi menggalakkan para usahawan kami menjadi pemimpin yang cemerlang di arena antarabangsa. K-LINK International telah membuktikan bahawa ia mampu meningkatkan gaya hidup orang ramai.

  • Hubungi Kami
Wisma K-LINK
45, Jalan Kuchai Maju 2,
Off Jalan Kuchai Lama,
58200 Kuala Lumpur, Malaysia.

  • (603) 7948 2338
  • Ikuti Kami
  • Aplikasi Rasmi
  • Sertai Surat Berita